Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, August 25, 2009

PESANAN 20 SEN SEBELUM MUFARAKAH DARI PAKATAN RAKYAT

1. Teman suka menulis dalam keadaan DUN teman adalah di dalam kawasan kalah pada BN PRU12 yang lalu.2 DUN lagi pun kalah,cuma Parlimen saja yang menang.
Ini di tambah lagi DUn teman adalah kuota PKR maka segala urusan nak bajet untuk aktiviti rakyat perlu melalui saluran Penyelaras DUN.Bayangkan juga teman dan rakan -rakan yang aktif kebanyakan adalah dikalangan ahli & penyokong PAS.
Kalau nak kata tak puas hati kami lagi teruk dari ADUN Lunas.Tetapi hasil didikan usrah dan kuliah agama kami sanggup mengikat perut dari mendapat peruntukan untuk aktiviti dan pembangunan di DUN kami.Kita buat mana yang mampu,namun untuk keluar dari Pakatan Rakyat jauh sekali sekadar nak menunjukkan ketidakpuashati kami.
Itu belum masalah ketidak sefahaman Penyelaras denagn Ahli Parlimen pula...kalau ada.
2. Jadinya wahai ADUN Lunas dan sesiapa ADUN atau Ahli Parlimen Pakatan Rakyat fikirlah dahulu baik-baik.Anda dipilih dari gerakan kesedaran rakyat dalam reformasi pengaruh BN maka bertenanglah dahulu sebelum bertindak.Pentadbiran PR baru setahun setengah jagung maka banyak perlu dibaiki dan diperbetulkan tambahan pula kita dari 3 Parti pembangkang yang dahulunya mempunyai perinsip yang berlainan...memamnglah susah sedikit.Walaubagaimanapun kita masih bertahan ,ada yang persefahaman yang dapat ditingkat dan ada yang tidak dapat diperbetulkan.
4. Pada penyokong & sahabat terdekat ADUN Lunas ,kalau bersimpatipun jangan sampai biarkan kawan baik anda keluar dari Pakatan rakyat.Ketidakpuashati anda bukan boleh diselesaikan dengan keluar dari Pakatan rakyat.
3.

1 comment:

Anonymous said...

dkt kedah skrg ni musim ujan. nanti si zul tu pun akan bertukar jadi katak , PKR ni dkt mana2 pun memalukan je biasala org bekas umNO ... bekas2 malaun.