Permatang Pasir yang kununnya hendak dijadikan Permatang Emas mungkin menjadi kajian buat SPR demi merealisasikan politik jahat mereka bagi mengalahkan calon PAS melalui peraturan dan sistem sistematik ala arahan pimpinan UMNO. Mungkin juga untuk melihat respons rakyat terhadap peraturan yang bakal melenyapkan kekuatan Pakatan Rakyat. SPR telahpun memberi amaran dan gambaran bahawa andainya berlaku kempen ketika hari pengundian , maka terbatallah kemenangan pihak yang menang. Ini juga mungkin senjata yang difikirkan sesuai buat mengekang kemaraan Pakatan Rakyat yang begitu hebat. Namun SPR perlu memikirkan masak-masak percaturan ini kerana silap haribulan senjata inilah juga akan menimbulkan lebih amarah rakyat kepada kerajaan. Rakyat rata-ratanya lebih cerdik dan bijak lantaran gelombang gerbang terbuka maklumat yang boleh dicapai melalui satu kelik. Dalam menghadapi rakyat cerdik dan bijak , kerajaan sepatutnya tidak panik tetapi berusaha bersungguh-sungguh dalam memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat.
Sedemikian adalah diingatkan agar Pakatan Rakyat berhati-hati agar tidak terperangkap dalam permainan politik licik BN. Kita wajar memasang niat menguburkan BN agar menjelang PRU13 BN akan 'Be End'
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment