Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, August 5, 2009

KETUA POLIS NEGARA DILAPOR BUAT 5 KESALAHAN PADA 1 OGOS

Sebuah badan hak asasi manusia, Suaram hari ini telah membuat laporan polis ke atas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kerana ‘mencabuli hak kebebasan awam’, lapor malaysiakini.

Penyelaras Suaram Enalini Devi Elumalai mengetua delegasi 6 orang membuat laporan polis pada pukul about 11.30 pagi tadi di Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur.

Di dalam kenyataannya kepada media, Enalini berkata laporan polis dibuat ekoran beberapa tindakan polis sewaktu Perhimpunan anti-ISA yang berlansung Sabtu lalu.

1. Menggunakan kekerasan berlebihan terhadap peserta perhimpunan tanpa sebab
2. Menunjukkan kurang pertimbangan kepada mereka yang bawah umur
3. Melakukan penangkapan secara tidak sah tanpa memberitahu kesalahan kepada tahanan
4. Menyebabkan ketidakselesaan dengan sekatan jalanraya dan penutupan Star LRT Line
5. Menunjukan ‘hasrat yang tidak baik’ dengan menahan peserta tanpa sebab.

Pengarah Suaram S Arutchelvan yang turut hadir, menyatakan “kita tak haraplah KPN akan menyiasat dirinya sendiri, namun laporan ini merupakan langkah pertama untuk lain-lain siasatan terhadap salahlaku polis - siasatan oleh Suhakam atau lain-lain badan”.

Beliau juga mendakwa terdapat beberapa tahanan yang terdengar pegawai-pegawai polis yang bertelingkah sesama sendiri tentang siapa yang menahan, atau apa tuduhan yang hendak dikenakan dan seumpamanya.

No comments: