Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, August 15, 2009

KETIKA INI RAKYAT DIKEMUDIANKAN, KERAJAAN PENTINGKAN N11 DARI H1N1

Dilihat dari kata-kata pemimpin UMNO yang berkobar-kobar merampas Selangor dan akhir-akhir ini dan tekanan padu pihak Polis ,SPRM dan Adun BN menampakkan kesungguhan mereka .
Terkini , DUN N11 pula menaikkan nafsu mereka untuk merampas DUN itu dari PAS cuma disebabkan kununnya UMNO telah menarikminat pengundi bila mana telah mengurangkan majoriti PAS di DUN Manik Urai.Nampaknya Kerajaan dah lupa tentang masalah negara yang sungguh kritika dengan wabak H1N1.
Pada 9 Ogos, Presiden UMNO, Najib Abdul Razak menyatakan secara terbuka bahawa Barisan Nasional mahu merampas semula Selangor yang merupakan nadi negara, sementara timbalannya Muhyiddin Yassin, meramalkan bahawa Pakatan Rakyat akan "terburai" dalam setahun dua ini.
Niat UMNO-BN untuk menguasai Selangor bukan rahsia lagi. Malah, selepas 8 Mac 2008, PAS ditawarkan untuk membentuk kerajaan bersama UMNO di Selangor. Baru-baru ini, bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dikatakan mendakwa bahawa BN akan mengembalikan kerajaan negeri Selangor pada September, tahun ini.
emerintah masih lagi syok dgn wayang politik,sedangkan rakyat makin cemas dan panik dgn penularan wabak H1N1 yg sehingga kini dah mencecah hampir 60 angka korban !
Bukan nak diisyhtihar darurat kesihatan,tapi diistytiharnya nak rampas k'jaan Pakatan rakyat pula!

No comments: