Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus pada 18 Ogos telah memerintahkan kartika ditahan untuk melaksanakan hukuman sebatan itu.
Namun begitu, hukuman sebat ditangguh atas arahan Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Abdul Rahman Yunus bagi menghormati bulan Ramadan.
Kes ini telah menjadi buah mulut media antarabangsa dan dengan lantang mengkritik keputusan mahkamah syariah di negara ini.
Ramai ahli politik termasuk bekas PM bertindak "menyindir" keputusan kehakiman tersebut yang seolah-olah menunjukkan bahawa Islam di negara ini tidak menunjukkan keadilan. Begitu juga banyak bantahan-bantahan daripada NGO dan pertubuhan wanita negara ini terhadap hukuman tersebut.
Sampaikan PM pula meminta agar Kartika sendiri merayu terhadap permohonan hukuman tersebut.Peliknya.Lepas tu Kartika berjumpa dengan Dato Seri Mufti Negeri Perak walaubagaimanapun beliau tetap dengan keputusan meneruskan hukuman itu.
Memang pandangan ramai Kartika merupakan wanita yang sungguh ketal keazamannya menegakkan hukum Syariah Islam. Sehinggakan dipujuk dan dirayu pun beliau tetap dengan keputusannya. Beliau betul-betul telah insaf dan ingin meneruskan hukuman di di dunia agar terlepas hukumannya di akhirat nanti.
Pada teman adakah Kartika akan berubah wajah atau pendirian kalau hukuman sebatan itu 80 kali bukan 6 kali?
Hukuman sebatan untuk diteruskan adalah permintaan Kartika. Teman rasa jika kes penghakiman oleh Ketua Hakim Syari'e Pahang boleh ditarik semula akan bertambah haru-biru.
Pendapat 20 kupang teman, elok Mahkamah Syariah atas nasihat Mufti buat perngistiharan hukuman ditarik balik kerana hukuman itu tidak mengikut undang0-undang Islam sebenar.Sistem undang-undang Syariah perlu membetulkan undang-undang mengikut cara Islam sebenar bukan diubah suai sebab kesihan dan lain-lain.
1 comment:
Salam ziarah
Post a Comment