Jika tidak ditangani segera secara tegas dan meyakinkan isu PKFZ akan terus menikam tajam Kerajaan Mohd Najib Abdul Razak dan BN .
Saman menyaman di antara pembesar dua parti kaum Cina BN, iaitu MCA dan Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) yang terlibat terus dengan kontroversi raksasa ini akan melemahkan lagi BN dan menguji kesungguhan Mohd Najib melaksanakan National Key Result Areas (NKRA) mengenai pembasmian rasuah.
Meminjam tajuk berita akhbar Sin Chew Daily versi online: “The PKFZ truth might be a nuclear bomb in the political arena.” (Kebenaran di sebalik PKFZ mungkin menjadi bom nuklear arena politik).
Peristiwa di sebalik penangkapan Ahli Parlimen PKR Padang Serai, N. Gobalakrishnan pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir adalah sambungan kepada drama para pembesar PR yang seolah-olah sengaja mahu ditangkap agar cepat mendapat jolokan hero atau orang berani.
Adalah hakikat bahawa ramai pembesar pembangkang menganggap tangkapan polis dan penahanan ISA sebagai pasport ke arah kemantapan kerjaya politik dan sesiapa yang tidak melaluinya dianggap bukan pejuang tulen.
Manakala kontroversi di sekitar calon BN Permatang Pasir, Rohaizat Othman adalah penerusan kemelut Umno yang nampaknya masih meraba-raba mencari orang bersih, orang terhormat dan orang bermaruah untuk mengisi kepemimpinan parti.
Kalau seorang bekas peguam yang dibatalkan lesen guamannya tidak memberitahu keadaan sebenar kepada partinya dan partinya pula gagal membuat perisikan rapi ke atas keperibadiannya, maka mereka tidak boleh menyalahkan sesiapa jika dimalukan oleh pengundi.
Dalam situasi begini, lebih baik jangan bertanding kalau bertanding sekadar untuk dimalukan. Lebih bermaruah rasanya mengaku silap dan menarik diri. Seorang lulusan undang-undang seperti Rohaizat tentu pernah dengar ungkapan bahawa seseorang itu bukan sahaja perlu bersih, tetapi mesti nampak bersih.
Ditulus oleh : Abd kadir Jasin penyokong kuat Tun Mahathir
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Walaupun saya tidak minat MCA,
saya terpanggil untuk menyokong Presiden MCA Ong Tee Keat dalam usahanya membongkar dalang-dalang disebalik kerugian wang rakyat projek PKFZ. Ong perlu diberi sokongan supaya dapat meneruskan usaha menentang Tiong King Sing dan mereka yang tamak haloba.
SEMAN
Post a Comment