Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, August 10, 2009

HAI UMNO CELIK AGAMA ! , BAGAIMANA UNDANG-UNDANG NAK DIKUATKUASA KALAU KAMU LANTIK LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT ARAK DARI KERABAT RAJA & JENERAL (B)?


Teman setuju pada kenyataan Cerminlah dulu diri sendiri sebelum membuat sebarang kenyataan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kepada Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Ali Rustam yang menggesa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat berhubung isu arak.
Begitu juga Pimpinan Tertinggi UMNO dan ahli-ahli UMNO yang menyokong UMNO membutatuli serta membabibuta kerana orang-orang UMNO sanggup menjadi ahli lembaga Syarikat Arak demi memberi perlindungan barang yang diharamkan oleh Allah dan Ugama Islam itu.
"Saya menegesyorkan kepada ketua menteri Melaka yang dulu telah di halang untuk bertanding dalam pemilihan umno kerana didapati bersalah atas rasuah politik,mencerminkan dirinya dulu sebelum nak komen orang lain.
Lihatlah fakta di mana Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan)

Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam hadhari seperti Malaysia ini. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita yang kononnya sebuah negara Islam.

Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad.
Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manakala tokoh korporat berkenaan pula ialah Jen.(B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali bin Dato’ Mohd. Seth (Bekas Jeneral Angkatan Tentera Malaysia) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (Tokoh Koporat dan Pengarah Scomi Berhad).

No comments: