Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, August 30, 2009

ESOK ULANGTAHUN NEGARA MERDEKA , BAGAIMANA JIWA KITA?


Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T atas segala nikmat kesenangan dan keamanan yang telah kita rasai selama ini. Dengan kesenangan dan keamanan yang kita miliki inilah maka kita dapat beriman dan bertaqwa kepada Allah tanpa sebarang gangguan dan halangan. Malah kita dapat beribadat kepada Allah dalam suasana tenang dan penuh keselesaan. Malahan sudah menjadi siratulmukmin yang sejati. Apabila semakin besar nikmat Allah yang dikurniakan kepada mereka, lebih-lebih lagi nikmat beriman dan bertaqwa kepada Allah, semakin banyak bersyukur mereka kepada Allah dengan melakukan amal ibadat dan kebajikan kepadanya. Orang yang tidak tahu bersyukur terhadap nikmat Allah merupakan orang yang kufur terhadap nikmat itu, sedangkan Allah telah memberi kepastian bahawa setiap nikmat itu akan terus ditambah sekiranya ia sentiasa bersyukur kepadanya. sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

" Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan sekiranya kamu kufur maka sesungguhnya azabKu sangatlah pedih. (Surah Ibrahim:7)"

Kemerdekaan sesebuah negara merupakan nikmat Allah yang bukan semua manusia dapat merasainya.
tiada nilainya. Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 34:

" Andainya kamu hendak mengira nikmat Allah kepada kamu nescaya kamu tidak mampu mengiranya. "

Ingatlah ,kita bertanggungjawab mempertahankan negara daripada sebarang bentuk ancaman musuh yang boleh menggugatkan kesejahteraan umat dan negara kita. Justeru, Islam mewajibkan umatnya mempertahankan 5 perkara. Antara lain.

1. Agama dan akidah
2. Nyawa dan keselamatan
3. Akal
4. Harta
5. Maruah hidup kita

Jika diteliti benar-benar bahawa kelima-lima perkara ini adalah mencakupi sebuah negara. kekuatan sesebuah negara bergantung kepada sejauhmana kita mempertingkatkan kelima-lima perkara tersebut.
Tanpa menafikan ancaman dari dalam negara penjajahan dunia moden ini mempunyai kekuatan yang sukar ditandingi, namun kita yakin selagi kita berpegang teguh dengan ajaran Islam dan memohon pertolongan Allah, Insya Allah kita akan mencapai kemenangan kerana doa itu senjata umat Islam.

No comments: