Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, August 7, 2009

DURIAN RUNTUH TAHUN LEPAS ,BANGUNAN RUNTUH TAHUN INI

Bertepatan dengan 1Malaysia maka projek pun tempoh jaminan cuma 1Tahun.

KUALA TERENGGANU: Menara telekomunikasi jalur lebar di Kampung Chagar Batang, dekat Pasir Akar, Besut, tumbang menghempap dan meranapkan sebahagian bangunan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Ahad lalu.

Menara setinggi 35 meter itu baru siap akhir tahun lalu tumbang jam 6.30 petang ketika angin kencang dan hujan lebat, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Besut, Nawi Mohamad, berkata ketika kejadian pejabat DUN berkenaan sudah ditutup dan kerugian dianggarkan bernilai RM50,000.
bagaimana pula kos bina bangunan telekomunikasi tersebut?

No comments: