Menteri Pendidikan Perancis berkata seluruh sekolah mungkin ditutup jika sekurang-kurangnya tiga pelajar dari kelas yang sama dijangkiti selesema babi dalam tempoh seminggu.
Luc Chatel berkata, sekolah-sekolah yang ditutup hanya akan dibuka semula selepas enam hari dan dibersihkan dengan teliti.
Semalam, beliau dipetik oleh Journal du Dimanche sebagai berkata keputusan menutup keseluruhan sekolah bergantung kepada wakil kanan negara yang dipanggil pengawas kawasan.
Minggu lepas, Chatel mengumumkan mata pelajaran sekolah untuk musim sejuk akan diajar melalui siaran televisyen dan radio negara bagi membantu pelajar. - AP
Dikhabarkan di Sekolah Seri Bera terdapat 3 pelajar disyaki positif menghidap virus H1N1. Dalam keadaan sekarang adalah amat penting kita berjaga-jaga. Cuba elakkan kawasan yang terlalu ramai orang. Selalu mencuci tangan dengan bersih. Topeng muka dapat membantu penularan wabak ini. Kehadiran terlalu ramai pelanggan yang mendapatkan topeng muka di farmasi menunjukkan kesedaran yang tinggi masyarakat sekitar terhadap masalah ini. Hari ini saya menjangkakan stok topeng muka akan habis di Allcare. Ada pelanggan yang meminta untuk membeli sekotak atau lebih, tetapi kami mohon maaf kerana terpaksa mengehadkan pembelian kepada maksima 10 keping sahaja setiap pelanggan. Ini bagi membolehkan orang lain mendapatkannya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment