Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, August 27, 2009

DENGAN INI TEMAN & BLOGGER SE PR DAN RAKYAT CELIK PR MENGGESA PARLIMEN MALAYSIA HARUS DIBUBARKAN BERDASARKAN KEKALAHAN BN 7 KALI BERTURUT-TURUT

Memamng wajar parlimen memberi peluang kepada rakyat memilih kerajaan baru kerana jelas rakyat sudah hilang kepercayaan kepada BN.
Bayangkan BN sudah kalah 7 kali pilihanraya di Perak,Terengganu,Perak,Kelantan dan Pulau Pinang iaitu negeri di Semenanjung Malaysia. Mereka tidak pernah menang di Semenanjung suatu rekod paling buruk bagi BN dalam sejarah negara kita.Talian hayat kemenangan mereka hanya dari undian Sabah dan Sarawak.
Kekalahan mereka di Permatang Pasir Selasa lalu melengkapkan lagi bukti bahawa BN sudah tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat.
Oleh kerana itu BN sudah tidak ada alasan untuk tidak membubarkan DUN kerana rakyat sudah hilang kepercayaan kepada BN. Jika BN benar-benar berintegriti dan ada harga diri sudah pasti pemimpinnya akan membubarkan parlimen.

No comments: