Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, August 11, 2009

BN YAKIN KALAH MELALUI UNDI , SEDEMIKIAN SPR AKAN ALL OUT GUNA CARA LAIN ?

Amaran SPR: Kemenangan Pas di Ptg Pasir Akan Dibatalkan!!!
Belum pun hari penamaan calon, belumpun hari pengundian pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah pun membayangkan siapa pemenangnya dan tindakan yang bakal diambil kepada pemenangnya.
Ini berikutan amaran keras Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof bahawa pihaknya akan membatalkan kemenangan “mana-mana calon” sekiranya terdapat laporan dan bukti adanya kempen oleh parti calon berkenaan pada hari pengundian.
Siapa “mana-mana calon” yang dimaksudkan oleh Pengerusi SPR itu? Adakah ia calon BN? Pastinya ia bukan calon BN. Ini kerana pertama, berdasarklan sejarah pilihanraya lalu, SPR tidak pernah menghukum BN atas kesalahan sebesar mana pun yang dilakukannya. Tapi jika yang melakukannya pembangkang, kesalahan kecil pun boleh diperbesar-besarkannya. Jadi kita boleh membuat andaian dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir, BN “tidak akan dilihat melakukan kesalahan pilihanraya”, walaupun melakukannya.
Kedua, berdasarkan rekod siri pilihanraya-pilihanraya Permatang Pasir yang lalu, pemenang mutlaknya ialah Pas. BN tidak pernah memenanginya kecuali ketika Anwar Ibrahim masih di dalam Umno dahulu.Jadi kita boleh membuat andaian SPR menujukan amaran akan membatalkan kemenangan pilihanraya Permatang Pasir pada 25 Ogos itu kepada Pas. Jika Pas menang dalam pilihanraya itu, kemenangannya akan dibatalkan atas alasan berkempen pada hari pengundian.

No comments: