Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, August 25, 2009

BILA SOALAN TUN MAHATHIR DISAMBUT

Salam Tun Dr Mahathir
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada Tun sekeluarga, moga-moga diterima Allah Subhanahuwa Ta'ala.
Ya, memang benar hukuman sebat dikenakan kepada peminum arak di dalam hukum hudud. Di dalam Al-Quranul Kareem, lain-lain jenayah yg diperintahkan oleh Allah Subhanahuwa Ta'ala Yang Maha Esa untuk dikenakan hukuman
sebat ternasuk :- (1) seorang yang menuduh secara palsu seorang perempuan yang beriman sebagai berzina dan (2) pasangan yang didapati melalui hukum Islam sah telah berzina tetapi mereka belum berkahwin lagi. Hukuman sebatan antara 80 - 100 sebat mengikut Quran dan hadis dengan jumlah yg berbeza di antara keduanya.
Banyak ulamak Islam (dan saya) bersetuju bahawa hukuman sebat dan potong tangan jikalau ditangkap mencuri sesuatu yang bernilai lebih daripada sesuatu nilai yg telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW (saya lupa nilainya tetapi ada rujukan
dalam buku hadis yg saya pelajari) adalah efektif sebagai hukuman penjenayah yg melakukan kesalahan itu dan juga pencegah kepada masyarakat Islam keseluruhannya. Kalau dilaksanakan secara adil mengikut hukum Islam, kes-kes individu wajib diberi perhatian dan penyelidikan yg mendalam tentang kesalahan yg dilakukan dan atarbelakang penjenayah dan circumstances yg menyebabkan jenayah itu berlaku. Misalnya, dalam keadaan darurat di mana seorang budak bawah umur mencuri makanan kerana terlalu lapar, maka patut dimaafkan budak itu. Keadilan adalah sesuatu yang
sangat kompleks tetapi kalau seseorang itu beriman, ada pengetahuan mendalam tentang Al-Quran dan hadis mempunyai akhlak dan sifat sebagai seorang yg bertaqwa dan mukmin, maka saya yakin Allah Subhanahuwa Ta'ala akan Bimbing orang ini membuat keputusan penghakiman yg seadil-adilnya. Seperti saya telah kata dalam komen-komen saya yg terdahulu, kebanyakan hukuman2 di Malaysia ini berasaskan prinsip undang-undang orang kafir dan yg di bawah Mahkamah Syari'ah pun saya tidak pasti samada dijalankan dgn baik. Apapun ini semua mainan dunia dan akan ada Satu Hari yang Agung dan Satu Mahkamah yang Agung kelak yg akan menunjuk hal sebenar dgn sejelas-jelasnya,
Perihal si Kartini ini, saya lihat wanita ini sebagai mempunyai sikap yg sangat baik, yg mengakui kesilapannya dan akur akan keputusan Mahkamah Syari'ah (tidak membantah) dan saya lihat ibu bapa dia pun akur. Yang saya dapat terjemahkan daripada peristiwa Kartini itu, ini adalah satu rahmat Allah SWT dia tertangkap sebab saya rasa dia dan keluarga merasa teramat malu kerana kesalahan dia itu (selepas disiarkan kepada seluruh 21 juta rakyat Malaysia melalui media telivisyen dan apa lagi dipaparkan dimuka depan byk media Barat dan internasional seperti BBC) dan saya yakin dia tidak akan mengulangi kesilapan dia lagi. Jadi satu kebaikan telah berlaku kepadanya.
Saya pun tidak faham kenapa kerajaan Barisan Nasional terutama pemimpin-pemimpin UMNO (termasuk Tun sendiri) boleh mengatakan negara kita yg tercinta ini Islam tetapi membiarkan arak dihidangkan di tempat-tempat seperti hotel-hotel lima bintang terutama di Kuala Lumpur, di menara KLCC dan byk tempat yg lain. Sepatutnya kamu semua taat kepada agama dan melarang benda yg memabukkan dan tiada manfaat ini daripada dihidangkan di negara tercinta ini tetapi yg lebih teruk, kamu semua membiarkan hidangan alkohol seperti bir dibuat di negara kita seperti Guiness dan
Carlsberg di Shah Alam dan Petaling Jaya respectively. Kalau kamu semua ingin mempertahankan prinsip kebebasan membuat apa saja di negara ini, bukankah ada banyak lagi minuman yg halal dan baik-baik yg boleh dihidangkan kepada pelancong-pelancong asing yg biasa minum arak di negara mereka seperti fresh oren atau Coco Cola atau jus kurma atau cincau ? Dan kaum Cina dan India sama saja. Sepatutnya kita sebagai kaum Melayu yg beragama Islam menunjuk ajar jiran, sahabat dan rakan sekerja kita daripada kaum Cina dan Hindu ini tentang kebaikan agama Islam dan menunjuk contoh yang baik. Bukankah kita dapat lihat dgn jelas bahawa Allah SWT telah mencipta arak itu dapat memabukkan siapa sahaja yg meminumnya termasuk juga kaum Cina atau India atau orang Jerman atau orang Belanda? Kita tidak boleh kata arak itu hanya memabukkan org Islam sahaja tetapi org kafir tidak akan menjadi mabuk jika minum arak sebab dia tidak memeluk Islam. Tidak, bukan begitu. Arak itu memabukkan sesiapa sahaja yg meminumnya tak kira bangsa, tak kira agama dan juga tak kira manusia ataupun haiwan. Seekor arnab yg meminum arab akan mabuk juga.
Dengan ini saya ingin merekodkan perasaan agak kesal saya bila banyak ahli UMNO yg cuba mempolitikkan inisiatif Dr Hassan Ali dari PAS utk cuba membanteras penjualan arak di Selangor dengan mengatakan langkah itu tidak berkesan dan lain-lain excuse lagi. Sepatutnya sebagai umat Islam, mereka menyokong apa-apa inisiatif dari mana-mana pemimpin yg beragama Islam dari mana-mana parti utk menegakkan hukum Allah Subhanahuwa Ta'ala, hatta daripada Parti Keadilan atau Parti PAS pun! Malah jika orang DAP atau MCA sendiri mahu membanteras arak, kita sebagai umat Islam patut
sokong walaupun mereka kafir. Yang penting kalau UMNO hendak menunjuk contoh yg baik, hendaklah pemimpin-pemimpin malah semua ahli berdakwahlah kepada sahabat-sabahat daripada MIC, MCA itu agar mereka memeluk agama Islam. Jangan fikir main politik dan jadi kaya dan dapat kuasa sahaja!
Kes Hartini ini pun menunjukkan betapa senang untuk kita menjadi "misled" dengan berita-berita yg terkeluar daripada akhbar dan media. Saya pun, initially, bila membaca Kartini hendak dirotan, yg pertama saya fikir ialah : "Hai..belum
pandai laksanakan hukum hudud dgn betul dan efektif di negara kita ini, sudah nak rotan ?" Ya, saya mengaku saya berfikir macam itu initially. Tetapi Alhamdulillah, Allah SWT Yang Maha Membimbing saya dan suratkhabar itu terus menjelaskan bahawa perotanan itu adalah hanya sebagai pengajaran dan bukan utk menyeksakan atau mencederakan atau melukakan penjenayah. Dan seterusnya suratkhabar itu menyebut saiz rotan itu, bahan rotan itu diperbuat daripada apa, dan bahagian badan mana dirotan (bukan bahagian kepala atau muka, cuma di tapak tangan dan punggung) dan baru
jelas bagi saya penghukuman itu takde apa....malah baik pun. Kalau ikut undang2 org kafir British yg pemimpin2 UMNO semua suka itu, tidak paling tidak, hanya bayar duit RM300 atau masuk penjara sehari dua. Mana pengajarannya ?Hey, pemimpin-pemimpin UMNO beragama Islam, janganlah kamu tertipu dengan tayangan-tayangan gambar Melayu seperti Semerah Padi yg mana kamu telah himpunkan pangkat dan pingat kepada P Ramlee tu. Orang Islam sebenar tak laksanakan hukuman seperti itu lagi.
Sebagai contoh pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang perempuan yg berzina yg mengandung yg merasa menyesal dan dia sendiri datang kepada Rasulullah SAW mahu direjam dgn batu sampai mati.
Rasulullah SAW beritahu perempuan itu supaya melahirkan anak itu terlebih dahulu sebab anak itu tidak berdosa - hanya ibunya yg melakukan jenayah itu. Bila anak itu selamat dilahirkan baru ibu itu dengan rela direjam. Dalam rejaman batu itu, setiap penduduk masyarakat beriman yg melalui perempuan itu wajib mengambil batu dan merejamnya. Saya tidak mengaku saya ini expert dalam Islam dan cara rejaman, saiz batu dan cara pelaksanaan pun harus diteliti dengan lebih mendalam. Itulah saya kata, kita perlu orang-orang yg betul-betul beriman dan betul-betul memahami isu kandung Al-Quran dan hadis untuk memimpin umat Islam. Mungkin pada zaman ini kita boleh guna teknik lain tetapi mengikut cara panduan Rasulullah SAW yg dulu. Iaitu kita masih lagi mengikut pelaksanaan perintah Allah SWT tetapi pada zaman
moden ini berbeza daripada zaman dulu sebagaimana kita pergi ke masjid sekarang menggunakan kereta tetapi sahabat-sahabat dulu pergi ke masjid dengan berjalan kaki, menaiki unta atau menunggang kuda. Sehingga sekarang, saya belum lagi terjumpa seorang pemimpin yg betul-betul dapat memimpin umat Islam untuk bangkit menjadi kuat semula!
Saya rasa Tun dan pemimpin-pemimpin UMNO (terutama pemimpin2 sekarang dan masa depan UMNO) dan juga saya sepatutnya belajar lebih mendalam lagi dalam agama Islam dan banyak menghadiri kuliah masjid! Dengan ini senang untuk membanteras gejala rasuah dan kronism dan materialisma dalam parti UMNO itu sendiri dan kita dapat memperbaiki diri masing-masing dan perkara-perkara remeh seperti Kartini ini menjadi non-issue.
Tun Dr M bertanya : 5. Apakah ada larangan dalam Islam untuk mengkanunkan undang-undang syariah?
Pada pendapat saya, tidak ada larangan dalam Islam untuk mengkanunkan undang-undang syariah tetapi kita akan buat duplicate work. Perintah itu sudah terdapat dalam Al-Quran jadi kenapa nak ditulis semula sebagai undang-undang ?
Lagipun susunan dan koleksi telah disusun secantik-cantiknya oleh Allah SWT dalam Al-Quran jadi adakah wajar utk kita mengambil satu ayat kemudian menjadikannya sebagai Seksyen X Sub-Seksyen Y Paragraph Z Enakmen A dan kemudian ambil satu lagi ayat berkaitan topik syariah lain dan menjadiakannya sebagai Seksyen A Sub-Seksyen B Paragraph C? Saya fikir tidak wajar, sebab ia memecah belahkan susunan Al-Quran.
Tidak, bukan begitu untuk melaksanakan agama Islam. Kalau nak sabitkan kesalahan sesuatu jenayah atau isu dengan Al-Quran, kita hanya perlu berkata merujuk kepada Ayat No xyz daripada Surah ABC (sebagai contoh: Surah An-Nisaa' ada sebutan mengenai hukum fara'id dan Surah Al-Baqarah ada sebutang mengenai membuat wasiat, riba sebagai haram dan berniaga sebagai halal, berpuasa, haji dan safa dan marwah, Raja Jalut, Malaikat Harut dan Marut dan Surah Al-Ma'idah mengenai makanan yg diharamkan) dan sebaik-baiknya kita hafal Al-Quran, ketahui latarbelakang turunnya mana-mana satu ayat sebagai wahyu kepada Rasulullah SAW, ketahui bahasa Arab dgn mendalam dan ketahui tafsiran ayat itu mengikut custom org-org Arab pada waktu zaman Nabi SAW sebab Al-Quran diturunkan pada masa mereka utk membuat mereka faham, tetapi Al-Quran juga diturunkan untuk umat sepanjang zaman. Jadi digunakan ayat 'besi boleh terbang' tetapi mungkin bermakna 'aeroplane'. Yg penting, janganlah kita fikir
requirements-requirements untuk menjadi pakar Al-Quran terlalu berat kepada kita sehingga kita tak mahu mencuba tetapi hanyar bersandarkan ulamak saja. Kadang-kadang ulamak pun tak tahu juga. Yg penting ialah yg akan merasai syurga
atau neraka adalah kita sendiri, kulit kita, jiwa kita bukan ulamak itu yg akan substitute utk kita. Jadi saya menyeru agar kita semua berusaha dgn rajin utk mempelajari Al-Quran dan hadis.
Sekian Wal hidayah wa taufeeq, Wassalamu'alaikum warrahmatullahi wabarrakatuh.
Selamat Berpuasa kepada kaum Muslimin dan Muslimat!

No comments: