Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, August 31, 2009

BARISAN NASIONAL retak menanti belah di JOHOR

Pakatan Rakyat telah menunjukkan KPI yang menonjol walaupun diganggu-gugat oleh BN dengan pelbagai tektik kotor dan jijik,Sejijik pembunuhan Altantuya malah sekotor misteri kematian Teoh di bangunan SuruhanJaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri.
Negeri Kelantan sukar digugat ,ini diekori dengan mantap Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.Selangor memang dicemburui oleh BN ,maklumlah melingkari Wilayah Persekutuan yang menjadi tulang belakang Kerajaan Malaysia.
Barisan Nasional yang bakal karam dan terkubur layu dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang. Ia berdasarkan kepada senario politik semasa yang dilihat semakin menjurus condong ke arah itu.
Banyak pihak terus merasakan kerajaan pusat pimpinan UMNO hanya "tinggal nyawa-nyawa ikan" dan cuma bergantung kepada "sokongan rakyat di Sabah dan Sarawak" baik secara ikhlas atau pun menipu. Ini terbukti bila mereka hanya menang satu daripada lapan kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum ke-12 lalu.
Ini ditambah dengan kemasukan Chua ke dalam PKR memberi tekanan dan tamparan yang cukup hebat buat BN. Tambahan pula Chua dilihat salah seorang pemimpin MCA dan kerajaan yang lebih neutral dalam menangani isu-isu rakyat. Malah, beliau juga mempunyai wawasan yang jelas terhadap rakyat, hingga ditendang dari pemilihan agung MCA baru-baru ini. Kekalahan beliau, merupakan satu tekanan buat MCA dan keretakan jelas terlihat di sana sini.
Kekuatan Chua Jui Meng terus menyemarakkan api perjuangan rakyat terutamanya kaum Cina di negara ini. Parti terbesar kaum Cina itu kembali dikejutkan dengan berita panas baru-baru ini. Ia berikutan tindakan lembaga displin parti memecat Timbalan Presidennya iaitu Datuk Chua Soi Lek. Pemecatan Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan itu jelas sekali bakal mengundang padah yang besar buat parti tersebut.
BN tertanya-tanya dan sedang menyiasat siapa 2 orang di antara 7 orang Ahli Parlimen BN dari MCA di Johor yang akan keluar BN. Mereka ialah anak kepada Chua Soi Lek sendiri iaitu YB Chua Tee Yong (Labis), YB Goh Tee Tee (Tangkak), YB Wee Sa Siong (Ayer Hitam), YB Ng See Tiong (Parit Yaani), YB Koh Chee Chai (Penggaram) dan YB Hou Chee Chung (Kluang).
Kita hanya berdoa agar benda yang baik untuk rakyat akan terkabul berlaku hendaknya.

No comments: