Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, August 4, 2009

ANALISA MENAFIKAN KERUGIAN RM200 JUTA OLEH PENDEMONSTRASI

Pemimpin Bee End keluar dalam media tv dan akhbar menyalahkan pendemontrasi jalanan yang didalangi oleh pemimpin Pakatan rakyat mesti dipersalahkan.Kenapa disebut 'dalang' padahal Pakatan Rakyat telah mewar-warkan dan merancang untuk membuat demonstrasi tersebut.Sengaja disebut dalang ,seolah-olah perbuatan demonstrasi tersebut seperti satu perbuatan yang salah.
Bagi para peniaga yang berdagang disekitar tempat demo anti Isa ada dua kemungkinan. Mereka akan menyalahkan kerajaan khususnya polis atau mereka menyalahkan para demonstran. Saya yang juga peniaga sebelum ini, malahan keluarga saya terlibat dalam bisnes asas tahu dan lihat apa sebenarnya yang berlaku. Restoran penuh, kedai dan bazar sesak dengan orang membeli belah di mana yang membeli terdiri dari para demonstran termasuk saya. Saya singgah dikedai mamak di lorong ke Masjid India menjual baryani satu pinggan RM 9, bayangkan, saya pesan 4 pinggan makan bersama keluarga campur air hampir memcecah RM 50, wow mahalnya tetapi orang tetap membayarnya kerana makanan itu keperluan. Sempat juga membeli baju raya anak di bazar berhampiran, murah dan berkualiti. Peniaga air tepi jalan lagi untung besar. Maknanya peniaga memang mendapat rahmat dari kebanjiran demonstran ini.

Peniaga yang kata rugi kerana dapat arahan polis suruh tutup takut huru-hara berlaku dan nanti mudahlah polis nak sembur air kimia dari lori merah FRU. Huru-hara bukan angkara demonstran kerana mereka tak bawa senjata merbahaya pon, ada yang datang pakai kasut snikers atau kasut kanvas sekolah malahan ada yang bercapal sahaja, tetapi yang berkelengkapan lengkap bersenjata adalah polis dengan pistol, cota, helmet, perisai, kanister gas beracun atau bom asap pemedih mata, air kimia water cannon dan jangan lupa boot keras cap kulitkraf yang boleh menendang dan mencederakan sesiapa sahaja.

Memang manjadi prinsip demonstran apabila berlaku sesuatu isu besar atau isu kecil, pertama sekali mesti salahkan kerajaan.. Kerajaan patut mendengar rintihan dan penderitaan rakyat yang ditahan dan disiksa dengan akta haram ISA peninggalan penjajah ini. Memang betul pemimpin negara kapitalis macam negara kita mengamalkan prinsip salahkan rakyat, rakyat kena ikut, rakyat kena takut dan rakyat kena tunduk.

Islam mengajar kalau penguasa dan pemerintah zalim mesti ditentang dan disalahkan. Mereka zalim dan kejam, menyalahgunakan harta rakyat dan menipu dalam pilihanraya takkan orang muda nak sokong mereka dan salahkan diri sendiri? ya kami salah menyebabkan peniaga rugi... jangan ingat kami akan melafazkan dialog itu, bacul namanya.

1 comment:

tok perak said...

memang penipu...mereka yang menipu perlu kita BOIKOT...

Pasaraya Mydin patut di BOIKOT kerana kenyataan pengurusnya...