Berita dari media BN heboh memaparkan berkenaan ADUN LUNA jadi bebas.
Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Mohammad Radzhi Salleh mengisytiharkan dirinya keluar parti PKR dan menjadi ADUN Bebas.
Ramai dah tak rasa pelik kepada perbuatannya menjadi ahli bebas itu kerana segalanya mungkin bagi seorang yang tidak ada prinsip perjuangan , tapi terdapat persoalan atas tindakannya di saat BN tertekan dan sangat parah dalam kempen asakan PR di Permatang Pasir. Teman memang rasa negatif dengan konflik ini ada kaitannya dengan keadaan politik semasa di negara kita.
Teman cuba mengingatkan rakyat agar tidak terkeliru dengan tindakan yang bermotif politik ini. Perkembangan ini langsung tidak akan menjejaskan kekuatan pemerintahan kerajaan negeri Kedah Darul Aman yang di pimpin oleh YB Azizan walaupun kelihatan seolah-olah ada usaha untuk mensabotajnya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment