Hampir 200 ahli UMNO berhimpun di hadapan pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan itu merampas minuman keras di sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 di sini pada 29 Julai lalu.
Kesemua penyokong Umno tersebut turut membawa beberapa sepanduk yang antaranya tertulis 'Ajar Ronnie dengan ISA'; 'Pakatan Rakyat Halalkan Arak' dan 'Pas Dulu Takbir, Sekarang Take Beer (ambil arak)'.
Dalam perhimpunan yang bermula pukul 3 petang itu, kesemua mereka turut mengutuk tindakan Exco Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan MBSA memulangkan semula 70 tin dan botol minuman keras kepada kedai serbaneka terbabit serta membenarkan penjualan minuman tersebut kepada penduduk di situ yang majoritinya adalah penganut Islam.
KESIMPULANNYA IALAH :-
1. Siapa yang lulus lesen untuk kedai runcit menjual arak? BN lah.
2. Siapa yang lulus lesen untuk kilang membuat bir di Selangor? BN lah.
3. Siapa yang lulus lesen untuk berjudi kepada Magnum, Sports Toto, Genting, Big Sweep? BN lah.
4. Siapa yang membiarkan arak dijual di kem tentera? BN lah.
5. Siapakah yang buat-buat jadi hero Islam dan membantah pasal arak di MBSA? BN Lah
UMNO kacau di Selangor, tetapi di negeri2 yang diperintah oleh BN, beer masih boleh dijual do kedai runcit juga, tetapi UMNO diam sahaja tentang hal itu.
PAS dan kaum melayu di permainkan oleh UMNO sahaja.
Bukan semua di kaum cina dan india mahu minum arak dan berjudi. Dan bukan semua di kaum melayu yang menyokong membantah jualan bir dikedai runcit. Ada juga orang melayu yang suka minum bir dan wine. Isu arak dan berjudi bukan isu tentang kaum melayu/cina atau Islam/bukan Islam, tetapi UMNO sudah permainkan isu itu jadi isu kaum. PAS, DAP dan PKR, jangan lah bodoh, mesti bersatupadu, jangan selalu bergaduh. Rakyat mahu menyokong Pakatan Rakyat, kerana BN sangat corrupt dan selalu mahu kaumkaum bergaduh.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2

pasbs baner

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment