Emel 1.
Assalamualaikum
Jika Pas(ahli dan pimpinan) lihat kekayaan dunia lebih utama dan lebih menguntung sudah tentu Ust.Nik Aziz memberi laluan karpet merah untuk gagasan atau agenda untuk bergabung dengan UMNO untuk mewujudkan kerajaan bersama.Cuba fikirkan berapa habuan,harta ,kazanah.projek dan sumber material yang boleh diagih macam cerita perompak Nujum Pak belalang,setakat 5juta itu perkara remeh.Apa yang perkara penting ialah ketahanan diri dan kewibawaan serta apakah tujuan kita berpolitk atau menyertai parti politk .Adakah kerana perut,anakbini atau tersimpan cita-cita peribadi.Dalam sudut pandangan Islam sudah jelas hukuman keatas orang yang berpatah balik umpamanya orang islam kepada bukan Islam adalah berat(hukuman mati).Apakah hukuman yang bakal diterima orang sepertinya kalau tak hukuman mati ,mertilah hukum berat yang diberi kepadanya supaya orang lain lebih berwaspada dan berhati-hati.Rasuah atau yang sama makna dengannya adalah haram,walaupun ia dapat menyelesaikan sedikit masalah tetapi impak atau kesannya adalah berkait rapat dengan perkara yag besar.Umpamanya ia menerima beberapa jumlah wang besar dan dapat menyelesaikan masalah diri tapi perlu ingat ia menipu diri sendiri dan pengundi-pengundi kawasannya,Belum kira lagi bab amanah dan pimpinan. Berapa bayaran yang ia terima itulah nilainya.Sedangkan diri manusia ada nilainya disisi allah, Sebab itulah Allah hadiah syurga bagi mereka yang berjaya.tapi bagi mereka anggap manusa nilainya benda,Bendalah mereka dapat(ini kadungan falasafah Karl Mark) .Apakah jawapan kita bila berhadapan dengan Allah.Tanyalah diri sendiri,
Emel 2.
Assalamuaalaikum
Selamat berpuasa dan menghayati penuh dibulan ramadan yang berkat ini.Jelas perbezaaan dari segi keinggian peribadi dan tarbiyah antara pimpinan Pas dan Parti Keadilan terserlah, terutama individu-individu yang dipilih di barisan pimpinan maupun menduduki kerusi parlimen dan negeri.Ana membawa contoh satu peristiwa yang benar berlaku iaitu 1400 tahun yang lalu.Ada seorang sahabat nabi yang kena tangkap dan diikat disebatang kayu di kota Mekah ,lalu ia kena torture.Ada seorang musyrikin berkata,kami boleh lepaskan engkau atau bebaskan tetapi galang gantinya ialah tubuh rasullah.Pendek cerita sahabat itu menolak dan sunggup menghadapi apa-apa perlakuan keatasnya tapi tak sunggup melihat rasullah tersiksa dan terbunuh,Apa yang perlu diperlajari dari hal ini ialah biar pun kehidupan yang ditakdir oleh Allah dalam bentuk kepayahan,kesusahan dan adakalan jiwa melayang tapi prinsip perjuangan diutamakan ,Allah dan rasul diutamakan tiada toleransi atau kompromi dengan gagasan musyrikin.Berita yang berlaku keatas calun PKR itu amat menyedihkan dan memalukan kerana mereka lah juga membuatkan negeri Perak itu jatuh ke tangan UMNO yang bodoh bin bangang.Masalah peribadi dan yang lain boleh dibincang bersama antara mereka atau pimpinan PR.Ana yakin bantuan dapat diberi dan masalah dapat diselesaikan.Oleh itu ana setuju dengan Yb DS Anwar Ibrahim untuk lebih berhati-hati memilih calun untk menduduki kerusi parlimen atau negeri dimasa akan datang.
Sekian ulasan ana mengenai hal ini.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
No comments:
Post a Comment