Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, July 2, 2009

SURUHANJAYA PILIHANRAYA CUBA SUKARKAN KEHADIRAN PENGUNDI YANG BEKERJA LUAR KELANTAN


UMNO BN terus menggunakan taktik lapuk dan kuno apabila seperti ugut pengundi ketika berkempen untuk mempengaruhi mereka mengundi calon UMNO BN. Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Manek Urai, Abdul Fatah Harun berkata apabila culaan dilakukan dan didapati ramai pengundi di Manek Urai berada di luar Kelantan, UMNO BN cuba mempengaruhi SPR agar melakukan pilihan raya pada hari bekerja kerana dibimbangi mesej yang menyebelahi Pakatan Rakyat akan mempengaruhi pengundi yang menetap di Manek Urai. Beliau turut mengalu-alukan kedatangan petugas-petugas jentera pilihan raya PAS dari seluruh negara untuk membantu memenangkan PAS di Manek Urai."Petugas-petugas negeri lain harus memahami budaya pengundi-pengundi di Manek Urai. Ini kawasan ini merupakan kawasan luar bandar. Kita akan cuba membudayakan politik Kelantan kepada petugas-petugas luar ini," katanya.Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata petugas-petugas dari setiap negeri akan ditempatkan di penginapan yang telah disediakan.

"Kami telah menyediakan rumah-rumah untuk penginapan petugas-petugas ini dan mereka akan ditempatkan dengan pembantu dari Kelantan. Penginapan ini sudah lama kita sediakan," katanya.Jelasnya kehadiran petugas-petugas di setiap peti undi di Manek Urai akan membantu merancakkan lagi program-program kempen. Zaki yakin pengalaman petugas-petugas khususnya dalam pilihan raya umum serta pilihan raya kecil di negeri-negeri sebelum ini dapat dimanfaatkan di Manek Urai seterusnya membantu kemenangan PAS dalam pilihan raya tersebut

No comments: