Ketika menyambut hari ke-100 sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 hadiah untuk rakyat Malaysia. Baru semalam hadiah ke-12 menyusul apabila kerajaan mengumumkan kenaikan tambang pengangkutan awam termasuk bas dan teksi.
Namun hadiah ke 13 lebih menyusahkan rakyat Malaysia. Semalam BERNAMA melaporkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui menyatakan kertas kerja mengenai kenaikan tarif elektrik akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet Rabu depan dan jika diluluskan ia dijangka akan dikuat kuasa mulai bulan depan, iaitu tarikh yang sama kenaikan tambang pengangkutan awam. Beliau berkata, kenaikan tarif letrik tersebut yang melibatkan keseluruhan pengguna dalam negara termasuk pihak komersial dan pengguna biasa, telah mendapat kelulusan daripada Majlis Ekonomi Negara. Jika hadiah ke-12 hanya mengsengsarakan pengguna pengangkutan awam, hadiah ke-13 ini bakal mengsengsarakan hampir kesemua rakyat negara ini kerana hampir kesemua rumah di Malaysia menggunakan bekalan letrik TNB.
Jika pada minggu hadapan kabinet meluluskan kenaikan tarif letrik ini, wajarkah rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana belas ihsannya itu?
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment