Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, July 6, 2009

PENGISTIHARAN 4 FEBRUARI 1988 JADI IGAUAN AHLI & PEMIMPIN UMNO !

Kita teruskan kekuatan pakatan dan rapatkan jemaah untuk menjadi pengganti UMNO(Ganti sebagai Pemerintah bukan ikut perangai mereka) yang semakin ditolak oleh rakyat. Ramai orang Melayu yang emosi seolah-olah jika tanpa UMNO, maka tiadalah Melayu. Tapi ramai yang terlupa (atau sengaja buat-buat lupa), atau mungkin tidak tahu (terutamanya anak muda yang baru hendak belajar politik) bahawa UMNO sebenarnya sudah tidak wujud!.

Setiap kali pilihanraya, atau apabila sokongan kepada UMNO sudah pudar, maka rakyat dimomokkan bahawa parti UMNO lah yang paling berjasa..
satu-satunya parti yang membela melayu..
mendapatkan kemerdekaan tanah air..
yang melawan komunis dan sebagainya.

Pada 4 Februari 1988 Umno telah diistyharkan sebagai pertubuhan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur . Keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Harun Hashim. Gara-gara keputusan mahkamah itu menyebabkan Umno yang ditubuhkan di Istana di Johor Baharu pada 11 Mei 1946 hakikatnya telah berkubur. UMNO itu sebenarnya halal sehingga pemilihan 1984 sahaja. UMNO yang ada sekarang ialah UMNO BARU.Noktah!

No comments: