Teman kalau tak silap tidak pernah melihat kenyataan Kerajaan Islam Malaysia semasa Najaib maupun sebelumnya mengutuk pembunuhan oran-orang Islam Thai di Selatan Thailand tahun ini dan sebelumnya.
Adakah kerana ada kerjasama pengeluaran minyak di laut Kelantan? atau masih mengiktiraf pada bekas PM Thailand Thaksin?
Layanan istimewa ini tidak diberikan kepada pejuang Islam Filipina semasa pemerintahan sebelum Najib.Malah Missuari digari dalam negara Islam Malaysia.
Tetapi Kedatangan Thaksin dialu-alukan dengan baik kenapa kedatangan Nur Misuari disambut dengan gari?
Kelmarin heboh media Thailand dengan berita mantan Perdana Menterinya yang menjadi buruan polis Thailand, Thaksin Shinawatra, dikatakan berada di Kuala Lumpur selama 26 jam. Beliau yang tiba ke Lapangan Tebang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang menaiki pesawat peribadinya dari Dubai, sempat menginap di Hotel Shangrila sebelum berlepas ke destinasi lain, dipercayai Fiji.
Kedatangan Thaksin yang tangannya banyak berlumuran dengan darah orang-orang Islam di selatan Thailand itu memang disedari oleh pihak berkuasa Malaysia. Ketua Pengarah Imegresen, Datuk Abdul Rahman Othman menyatakan pihaknya tiada kuasa untuk menghalang Thaksin berada di negara ini kerana beliau tidak pernah diisytiharkan kerajaan Malaysia sebagai orang yang tidak dikehendaki negara ini. "Tidak menjadi kesalahan Thaksin mahu datang ke negara ini. Malah Thaksin juga boleh memasuki negara ini dengan kenderaan apa sekalipun, kerana dia dianggap sebagai pelancong," kata Abdul Rahman.
Bercerita tentang Thaksin, tiba-tiba saya teringat kepada ketua Front Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari, yang menentang penindasan pemerintah Kristian Filipina terhadap orang-orang Islam di negaranya. Beliau yang diburu oleh pemerintah Filipina kerana kecekalannya membela nasib orang Islam di Mindanao dan selatan Filipina telah berjaya meloloskan diri ke Malaysia pada pertengahan bulan November 2001. Menganggap negara ini adalah negara Islam yang selamat dimasuki dan percaya akan dilindungi keselamatannya, malangnya Nur Misuari menerima nasib yang berbeza dengan Thaksin. Pada 26 Nov 2001 Misuari ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia dan kemudiannya diserahkan kepada kerajaan Filipina untuk menerima hukuman atas kesalahan membela perjuangan Islam di negara Kristian itu.
Itulah nasib berbeza yang dihadapi oleh dua pemimpin negara luar yang cuba mencari perlindungan di Malaysia. Thaksin, yang tangannya hanyir dengan darah orang Islam yang dibunuh sepanjang dia menjadi PM, boleh masuk ke negara ini sesuka hatinya dan keselamatannya sentiasa terjamin. Nur Misuari pula ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia kerana sebagai seorang pembela nasib orang-orang Islam Mindanao dan selatan Filipina; kedatangannya tidak dialu-alukan di negara ini.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment