Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, July 2, 2009

PAKATAN RAKYAT BERJAYA PROMOSI PENTADBIRAN TENDER YANG BAIK


Sistem Longkang ini bernilai RM50,000 kalau JKR cuma RM15,000


SABAH WAJIB CONTOHI SELANGOR, TELUS DALAM TENDER
KERAJAAN Negeri Sabah disaran mencontohi Selangor yang mengamalkan ketelusan dalam sistem tender dan perolehan kerajaan dengan mengundang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam jawatankuasa tender sama ada melalui cabutan, tawaran terbuka atau tertutup.
Ketua Cabang (Bahagian) Parti Keadilan Rakyat Silam, Johani Abdul Halim berkata sistem yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah termasuk yang dikawal selia oleh Jabatan Pembangunan Sabah (SDO) menyuburkan rasuah kerana jawatankuasa hanya beunding sesama mereka dan dibayangi arahan eksekutif kanan termasuk Ketua Menteri, Menteri dan Pengarah Jabatan.

"Jika Kerajaan Negeri Selangor boleh menjemput pegawai SPRM menduduki jawatankuasa tender di kesemua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu, kenapa Kerajaan Negeri Sabah takut mengamalkan sistem yang serupa agar rakyat tahu hanya pembida yang berhak akan mendapat kerja yang dikontrakkan,?" tegas Johani lagi yang kesal kerana banyak projek yang dilaksanakan oleh SDO di daerah ini tidak menepati piawaian yang ditetapkan dan berlaku campurtangan politik dan karenah birokrasi dalam pengagehan projek.
Menurut Johan, beliau terkejut apabila dimaklumkan oleh kontraktor yang sedang menjalankan kerja dan hampir siap tidak dapat menyertai cabutan baru sedangkan sistem cabutan yang diamalkan kononnya telus dan dijalankan secara automatik.
"Jika telus dan automatik, kenapa ada kekangan bagi mereka menyertai atau diberi peluang menjalankan projek yang baru. Bukankah ini tidak telus dan memang dirancang untuk diberikan kepada kontraktor mana?," ujar Johani yang menggesa SPRM agar lebih kerap turut padang melakukan kajian rambang bagi mengelak rasuah membarahi sistem tender kerajaan.
Menurut Johani, walaupun pegawai SPRM tidak terlibat dalam proses membuat keputusan tetapi kehadiran mereka membuktikan kita tidak menyembunyikan apa-apa dari rakyat kerana kontraktor yang diberi kerja akan dipantau dan diberi masa untuk membuktikan keupayaan mereka.
Dalam hal ini kata Johani, sewajarnya Kerajaan Negeri sabah mengamalkan 'tempoh bertenang' selama tiga bulan sama ada untuk membatal kontrak syarikat yang tidak memuaskan atau memberi surat tunjuk sebab.
"Secara tidak langsung, sistem baru ini, jika diamalkan akan memberi peluang kepada banyak kontraktor untuk mendapat lebih banyak projek dan menyiapkan projek mereka mengikut jadual," ujar Johani yang menyebut banyak projek tidak mengikut jadual dan tidak siap di DUN Tungku dan Lahad Datu terutama yang dilaksanakan oleh SDO dan pihak berkuasa tempatan.
Bagaimanapun Johani menggesa SPRM dan Pegawai SDO melakukan pemeriksaan bersama sebelum meluluskan bayaran bagi projek yang telah disiapkan kerana ada projek yang disifatkan terlalu mahal terutama melibatkan perparitan, jalan bertar dan jalan berbatu kelikir.

No comments: