Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, July 23, 2009

MB SELANGOR AKAN PASTIKAN BEBAN RAKYAT DIKURANGKAN DENGAN PENGURANGAN 50% JIKA SELESAI SEHINGGA HUJUNG TAHUN

Teman rasa tertipu hidup-hidup bila Kerajaan BN akan pastikan kenaikan petrol tidak akan membebankan rakyat.Bangang sangatkah rakyat Malaysia.Kalau kurangkan baru boleh kata pastikan tidak membebankan .Tengok MB Selangor kurangkan bukan naikkan .Kalau naik mesti membebankan.
Kerajaan Negeri Selangor akan mengurangkan denda cukai tanah dan cukai taksiran sebanyak 50 peratus kepada penduduk yang menjelaskan cukai masing-masing, sebelum akhir tahun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia bertujuan meringankan beban dan menggalakkan mereka yang didenda, membayar cukai dan denda yang dikenakan sebelum 31 Disember ini.

“Walaubagaimanapun, untuk memberikan peluang bagi mereka yang kena denda dan menggalakkan mereka membayar cukai mengikut masa, kerajaan negeri telah mengarahkan semua pejabat-pejabat daerah untuk memotong denda tersebut sebanyak 50 peratus, jika di bayar dalam tahun ini sehingga 31 Disember tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Tan Sri Khalid berkata, pengurangan denda cukai berkenaan menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap rakyat yang menghadapi kesan kewangan berikutan kelembaban ekonomi sejak tahun lalu.

1 comment:

BG said...

salam perjuangan ✿◕‿◕ ✿