Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, July 21, 2009

KARIAH/PENDUDUK BUKIT SENTOSA 2 DISERU TURUN KE KL SAHUT SERUAN TOK GURU PADA 1 OGOS 2009 !

Mansuhkan ISA tanggungjawab kita
1. Tarikh 1 Ogos 2009 adalah tarikh yang mesti dipahat dalam sejarah . Tarikh yang memansuhkan akta drakonian negara dengan himpunan raksasa seluruh rakyat prihatin menentang kezaliman di ibu negara KL jam 2 pm [ Sogo , Masjid Jamek , KL Central ] .
2. Serentak tarikh ini juga , semangat solidariti ummah bangkit berhimpun untuk menentang semua bentuk kezaliman termasuk tragedi yang menimpa Teoh setelah dijumpai terbunuh di Plaza Masalam sejurus disiasat oleh SPRM.
3. Diharap seluruh rakyat dapat sebarkan maklumat ini dan pastikan semua dapat turun bagi mendesak agar undang - undang lapuk [ ISA ] dimansuhkan dan pihak yang melakukan kezaliman serta mengakibatkan penderitaan dan kesengsaraan rakyat dikutuk dan dicemuh secara keras sehingga menghentikan segala peluang dan menutup segala pintu yang menghela mereka melakukan kezaliman .
4. Khasnya Dewan Pemuda PAS Kawasan dan Negeri dapat memobilisasi seramai mungkin anggota mereka dan para pemuda yang anti kezaliman dan simpati kepada mangsa kezaliman untuk turut serta dengan yakin , semangat dan tabah .
5. Wahai Pemuda ! kalianlah sandaran rakyat dan negara untuk menyaksikan segala kesengsaraan akibat ISA yang zalim ini lenyap . Tenaga kalian yang gagah , semangat kalian yang waja dan cita - cita kalian yang tinggi menjadi harapan bernaung golongan mustadhafin [ orang yang lemah dan tertindas

No comments: