Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, July 24, 2009

KAKI RETOT & TETIKUS PENANGAN PADA MENTERI PELAJARAN !

Teman rasa tulisan Nobisa sungguh baik serta sangat ilmiah dan sesuai dipraktikkan berbanding dengan PPSMI.Sedemikian PPSMI wajib dihentikan serta merta walaupun drastik tidak menyusahkan pelajar malah akan menjimatkan wang negara yang akan sentiasa mencurah jika PPSMI ditangguhkan sehingga tahun 2012.
KAKI RETOT & TETIKUS
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan dan menggunakan bahasa ibunda di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pada tahun 2012 walaupun ada bantahan dari pihak-pihak tertentu.

Di sini saya ingin mencadangkan agar:

(1) Kedua-dua subjek itu diajar dalam Bahasa Melayu seperti keputusan yang dibuat oleh kabinet sebelum ini. Dengan cara itu, pelajar yang lemah Bahasa Inggeris boleh mempelajari subjek Sains dan Matematik dengan lebih mudah.

(2) Memandangkan subjek-subjek ini diajar dalam Bahasa Inggeris pada peringkat universiti, saya mencadangkan agar istilah-istilah Sains dan Matematik tidak diterjemahkan ke Bahasa Melayu, sekiranya istilah itu tidak wujud dalam Bahasa Melayu sekarang. Gunakanlah istilah Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (walaupun subjek-subjek tersebut diajar dalam Bahasa Melayu) kerana itulah istilah yang akan digunakan di universiti nanti.

(3) Tidak perlu menterjemahkan perkataan "transpiration" sebagai "transpirasi", "retord stand" sebagai "kaki retot", "respiration" sebagai "respirasi", dan "quadratic equation" sebagai "persamaan quadratik" (sekadar menyebut beberapa contoh).

Ia samalah seperti tidak perlu menterjemahkan perkataan "website" sebagai "laman sesawang" semata-mata kerana "web" bermaksud "sawang" dan "site" itu ialah "laman". Begitu juga "mouse" tidak perlu diterjemahkan sebagai "tetikus". Saya tidak fikir menjadi satu kesalahan untuk mengekalkan perkataan "website", sama seperti kita menggunakan perkataan "telefon" yang asalnya "telephone".

Elok juga disarankan agar pihak-pihak bertanggungjawab melihat semula kaedah penterjemahan istilah Bahasa Inggeris, terutama sekali dengan menukar perkataan "...tion" kepada "...si" seperti contoh-contoh di atas. Kalau setakat nak tukar "...tion" menjadi "...si", elok kekalkan saja istilah asal dalam Bahasa Inggeris.

Baru-baru ini seorang menteri berkata beliau akan mencipta perkataan dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi menggantikan "blog" yang merupakan perkataan Bahasa Inggeris. Adakah ini merupakan pendekatan yang betul untuk memperkaya Bahasa Melayu?

Berbicara mengenai tajuk yang sama, di sini saya ingin mencadangkan satu lagi langkah tambahan bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan anak-anak kita. Cadangan ini telah saya kemukakan di New Straits Times pada tahun 2001, iaitu meletakkan sarikata (subtitles) dalam Bahasa Inggeris bagi rancangan yang asalnya menggunakan bahasa tersebut.

Dengan cara ini, anak-anak kita dapat membaca dalam Bahasa Inggeris dan sekaligus mendengar sebutan yang betul apabila menonton rancangan berbahasa Inggeris di televisyen. Sedikit sebanyak, langkah ini akan membantu meningkatkan penguasaan bahasa itu di kalangan pelajar-pelajar.

Mohon pertimbangan!

No comments: