Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, July 31, 2009

GEMPAR ! USTAZ UMNO .. BARU TERASA HAIRAN DENGAN BN

Salam,
Seorang demi seorang, selepas bekas MP Gerakan Lee Kah Choon, disusuli Kapt Abu Zahar Hashim dan Zaid Ibrahim. Terbaru Chua Jui Meng dan SS Subramaniam pula bertindak keluar dan menyertai pakatan pembangkang.
Apa yang tidak kena?
Barisan Nasional wajar mengkaji dan meneliti perkembangan yang berlaku. Ini bukan kes terpencil, yang hanya boleh diselesaikan dengan alasan tidak menggugat kekuatan parti.
Baik Umno, MCA, MIC atau Gerakan seharusnya melihat dari segenap sudut mengapakah pemimpin atau bekas pemimpin utama parti ini meninggalkan perjuangan parti masing-masing? Mereka meninggalkan parti di kala parti sedang berkuasa, dengan menyertai pakatan pembangkang.
Kajian ini penting untuk setiap parti bermuhasabah, menilai kelemahan dan mengambil tindakan proaktif membendung gejala 'menyeberang' parti ini daripada berleluasa, yang akhirnya boleh menjadi parah.
BN harus berani mengakui setiap kelemahan yang berlaku. Berani pula untuk mengambil tindakan pembetulan. Malah setiap parti mesti berani melakukan transformasi, jika sebabnya adalah pimpinan yang sudah terlalu lama ditampuk kuasa atau dimamah usia, sewajarnya pemimpin ini menyedari untuk melakukan
peralihan kuasa.
Jika BN leka, alpa dan cuai dalam meneliti perkembangan yang berlaku ini, dikhuatiri fenomena ini akan terus melemahkan BN dan mungkin menjadi pemangkin tersungkurnya BN pada PRU13 nanti?
Dollah said...
Selama ini aku kutuk hang ustaz, kali ini aku sokong pendirian. Hang bila nak menyeberang dari parti karat tu. Kalau cina, india dah tak suka UMNO-BN takkan hang pun nak tunggu.
July 31, 2009 8:16 AM
Anonymous said...
Salam Ustaz said,
Rentetan dari peristiwa ini sebenarnya menjelaskan kepada Najib bahawa kesilapan dasar umno selama ini menindas dan mendiskriminasi bangsa sendiri telah menjauhkan rakyat dari umno baik Melayu ,Cina,India dan Rakyat sabah yang kecewa dengan umno yang mementingkan kroni dan mereka yang elit dengan umno sahaja,selepas ini saya yakin TENGKU RAZALEIGH HAMZAH akan menyertai Pakatan rakyat...
Rakyat Johor.

3 comments:

acoi said...

bila kene kt umno, ko srh umno muhasabah dr.tp bila kn kat pas,ko kata konspirasi umno.bila korang nak mempercayai ketentuan tuhan.
cukup la korang menjaga ego parti masing2,sudah tiba masanya kita bangun bela nasib melayu pula.

Abang Acoi said...

Acoi..dah 50 tahun rakyat bagi peluang kat umno untuk jaga bangsa melayu...tapi umnolah merosak melayu

tanah rizab melayu..

kekayaan melayu...

zalim pada bangsa melayu..kerana mereka undi pakatan rakyat

dlll..

sudah la tu..kalau umno lemah dok kata melayu lemah

kalau umno kuat dok kata melayu kuat...

pirah....nie la retorik sepanjang zaman umno dok guna....alhasil bangsa sendiri pun tak terjaga...

kat penang...50 tahun melayu akhirnya'dihalau' dari pulau..

dah 50 tahun trengganu yang 99.9% melayu dok no 1 miskin dalam malaysia....

siapa perintah malaysia????

pas ke umno-bn?

pkr ke umno-bn?

dap ke umnoBN?

dah 50 tahun..tapi pemikiran masih macam sampah...

Anonymous said...

Tuan-tuan...
50 tahun lebih kita diuruskan oleh PEKEMBAR-parti kebangsaan melayu bersatu....dimana kita.....

Ikuiti 30 peratus....gagal dan hancuss.
Industri banyak tapi meramaikan buruh myanmar dan vietnam...

Saham.......betahun kaota bumiputra masih berbaki. Bagi pd bukan melayu....2 hari jer licin.

Bagaimanapun kerajaan tetap ada sumbangan pada pembangunan kita terutama semasa zaman Tun Razak dan Tun Hussien...mungkin masa tu belum ada "tander secara rundingan terus"...

Setiakawan yg
berani berubah