Teman jangkakan fakta royalti minyak Kelantan adalah kempen yang sukar dijawab oleh UMNO/BN.
Kedua , fakta Pengerusi UMNO Kelantan sendiri tidak setuju royalti diberi kepada Kelantan.Walaupun beliau berasalh dari Kelantan serta anak jati Kelantan.kalau Najib yang bercakap memang sesuailah sebab beliau bukan berasal dari Kelantan darul Naim.
Ini bermakna memang benar seperti kata YB Husam bahawa Kerajaan Pusat berhutang dengan kerajaan negeri sebanyak RM1billion.
Fakta di atas diperkuatkan lagi dengan sejarah ini :-* Pada 30 Januari 2008 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir membuat pengakuan dihadapan lebih 30 orang pengamal media dengan mengaku telah dipaksa oleh pemimpin-pemimpin UMNO supaya menyekat sebarang bentuk bantuan oleh Kerajaan Pusat kepada Negeri Kelantan. Tun berkata, “… bukan sahaja Mustapha (Mohamed) tetapi pemimpin-pemimpin UMNO lain pun mintak sekat”. Pengakuan ini dibuat ketika mengulas pengakuan Dato’ Mustapha Mohamed yang ketika itu Menteri Pelajaran Tinggi dan ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Lanas di dalam Dewan Negeri Kelantan.
* Pada 24 November 2007, Dato’ Mustapha Mohamed ketika membahaskan usul ucapan terima kasih terhadap titah ucapan Tuanku Al Sultan Kelantan telah mengaku menekan Tun Dr. Mahathir supaya menyekat Negeri Kelantan dari menerima peruntukan dari Kerajaan Pusat.
* Bukankah ini jelas satu penganiyaan kepada parti PAS selaku Kerajaan di Kelantan, ahli-ahli PAS selaku mereka yang berusaha keras memenangkan PAS, Pengundi PAS yang menunaikan tanggungjawab mereka di dalam PRU dan seluruh rakyat Kelantan yang setengahnya tidak ada kaitan langsung dengan proses menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional di Kelantan."
Kalau kita lihat peta yang dipaparkan,Songhla 260km dari pusat planta,Patani 180km dan Kota Baharu,Kelantan hanya 150km.Dari segi ekonominya,paip besar gas wajar diKota Baharu bukan diSonghla,Thailand.Tetapi UMNO menetapkan Songhla diutamakan kerana kerajaan Kelantan dikuasai olih PAS.Ini keputusan yang telah ditetapkan olih Mahathir semasa beliau jadi PM.Mahathir tidak mahu Kelantan maju dan ini disokong olih pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan,termasuk Mustapha Mohammad.
Begitu busuknya hati pemimpin-pemimpin UMNO terhadap kerajaan Islam PAS Kelantan.Parti ini jugalah yang memukul gendang "ketuanan Melayu","UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO".Lihat sahaja pengkhianatan yang telah dilakukan kepada sebuah kerajaan pimpinan Melayu.
Inilah pengalaman dan penderitaan yang telah dialami,dirasai dan lalui olih TGNA sebagai MB Kelantan lebih dari 20 tahun.Tidak dapat dipersalahkan mengapa TGNA menolak Kerajaan Perpaduan secara total dan tidak akan kepunan jika tak bersahabat dengan UMNO.Cuma orang Trengganu saja yang tidak serik-serik dan masih rela dipatuk dua kali dilubang yang sama.
Satelah melakukan semua ini kepada rakyat Kelantan amnya dan kepada kerajaan PAS Kelantan khususnya,sekarang UMNO meminta pengundi diManik Urai memilih UMNO.
Inilah masa dan ketikanya,orang Kelantan "mengajar" UMNO.Kemenangan calun PAS diManik Urai akan menjadi satu lagi "paku" yang akan dibenamkan kekeranda UMNO sebelum keranda ini disemadikan kedalam liang lahat.
No comments:
Post a Comment