

Tiba-tiba bila akhbar merujuk pada mufti, keluar fatwa hukum mogok lapar haram,pegang lilin tak boleh . Persoalannya adakah non muslim juga terikat dengan fatwa agama. Kenapa terjadi demikian? kerana mufti telah diperbodohkan oleh akhbar.
Semasa PM (zaman Tun DR M dan Pak Lah. Kita tunggu pula 31 Julai ni... untuk lihat PM baru) secara terang terangan bertafakur dan meletak bunga pada tugu negara. Mana para mufti? Hanya Mufti Perlis ketika itu, Dr Asri sahaja yang menegur amalan itu. Mufti lain?
Mufti di Malaysia tampak berani bila menegur pembangkang sekalipun berfatwa atas laporan yang salah. Namun bila kerajaan secara terangan-terangan melanggar hukum agama mufti kita kehilangan "telur".
Janganlah hendaknya institusi mufti ini masuk dalam senarai institusi yang dipertikaikan kewibawaannya oleh rakyat, selepas hancurnya kewibawaan institusi polis, institusi kehakiman dan institusi beraja.
No comments:
Post a Comment