NAJIB JANGAN DENGAR CAKAP ROSMAH MANSOR SAHAJA
Jika kerajaan Malaysia sebuah kerajaan yang jujur dan ikhlas untuk memelihara hubungan baik dengan negara jiran sedarah sedaging Indonesia, maka dalam keadaan sekaranglah majikan Nirmala Bonat, Yim Pek Ha patut dibicarakan semula dan dihukum dengan setimpalnya.
Ini adalah kes penyeksaan pembantu rumah yang paling dahsyat yang telah menggemparkan Malaysia dan Indonesia dan majikannya Yim Pek Ha telah pun dihukum penjara 18 tahun tetapi hukuman tinggal hukuman kerana dia telah meminta ulangbicara. Kes ini juga pernah di bawa ke Kabinet kerajaan Malaysia setelah dibangkitkan soal kelewatan perbicaraannya di Indonesia.
Tidakah terfikir oleh pemimpin yang bijaksana seperti Datuk Sri Najib bahawa jika ulangbicara itu diadakan sekarang dan keputusan mengenainya dibuat maka ia akan dapat menunjukan bahawa kerajaan Malaysia benar benar mengambil berat terhadap perasaan rakyat Indonesia dan masalah rakan rakannya yang sedang bertanding dalam pilihanraya Presiden Indonesia.
Apakah salahnya jika kes kes yang bersangkut dengan hubungan deplomatik antara kedua negara di dahulukan atapun diberikan keutamaan.
Satu demi satu kes penderaan pembantu rumah Indonesia di Malaysia terdedah yang tentunya menimbulkan perasaan buruk sangka dan marah di kalangan rakyat Indonesia dan merosakan imej Malaysia di dunia.
Kita tidak boleh mengambil sikap oleh kerana adanya penderaan yang lebih hebat yang berlaku sesama sebangsa di Indonesia sendiri maka kita mesti menmgambil ringan terhadap perbuatan kebinatangan rakyat Malaysia terhadap orang Indonesia.
Apakah kerajaan Malaysia terlalu bodoh untuk berfikir bahawa rakyat Malaysia akan menghadapi masalah besar dengan tindakan tegas kerajaan Indonesia untuk menyekat pembantu rumah dari negara itu ke Malaysia.
Sekalipun kita boleh meanggap tidak serius ancaman ini tetapi kesannya pasti akan terasa juga oleh rakyat Malaysia kelak. Penyegeraan ulang bicara Yim Pek Ha dan hukuman yang setimpal keatasnya pasti akan dapat membantu menyelesaikan masalah besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia untuk mendapat pembantu rumah Indonesia.
Sesungguhnya lebih banyak majikan yang berperi kemanusiaan di Malaysia dari yang bersfiat kebinatangan yang mahu terus berbakti kepada rakyat Indonesia yang ingin mencari rezki halal di negara ini.
Najib janganlah berfkir bahawa oleh kerana beliau tidak menghadapi masalah pembantu rumah maka beliau tidak perlu bersimpati dengan masalah harian rakyat yang mahu meninggalkan anak untuk pergi berkerja dan sebagainya. Jika bercakap mahu utamakan rakyat buktikanlah dalam kes ini dan jangan hanya dengar cakap Rosmah Mansor sahaja seperti yang difahami rakyat dari suatu kenyataan Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew. Dengarlah cakap dan tangisan rakyat.
Rosmah langsung tidak menunjukan simpati kepada pambantu rumah Indonesia yang telah terinanya di negara ini.
alam hal ini juga kita ingin bertanya kenaapakah Kedutaan Indonesia tidak mahu bertindak menuntut supaya kes Nirmala dibicarakan semula dengan segera?. Ada apa apa ke ????. Kenapa Malaysia tidak boleh memberikan priority atau keutamaan kepada kes yang jika dibiarkan boleh meruntuhkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia? Kenapa tidak dicabar kerajaan Malaysia jika benar benar ikhlas selesaikan dulu kes Nirmala.
Indoneisa tidak seharusnya hanya tahu mendedahkan kekejaman majikan Malaysia satu demi satu yang tentunya akan menggalakan lebih banyak pengaduan kepadanya samaada benar atau palsu sebaliknya Duta Indonesia di Malaysia harus menekan pemerentah Malaysia supaya membuktikan keikhlasan untuk memelihara hubungan baik dengan rakyat Indonesia dengan tidak sahaja menangkap tetapi menghukum segera mereka yang bersalah.
Duta Indonesia harus sedar bahawa di sebalik kelewatan ulang bicara kes Normala Bonat ini ialah rasuah di kalangan polis, pengadilan dan juga pemimpin politik di Malaysia.
Rosmah Mansor pun tidak mengambil berat pekara ini kerana dia tidak pernah merasa terseksa seperti Nirmala Bonat.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
No comments:
Post a Comment