Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, July 5, 2009

BENARKAN RAMAI AHLI & PIMPINAN TERTINGGI UMNO DUNGU TENTANG PERKATAAN MELAYU DALAM LAGU MEREKA TELAH DITUKAR KEPADA RUMPUN MELAYU ?


Biasiswa Nasional tidak ikut prinsip keadilan - Presiden PAS
Semalam di Harakahdaily, Hadi Awang mempertikaikan pula Biasiswa Nasional di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak, tidak mengikut prinsip keadialan yang menyeluruh.
Alasan Hadi Awang, pemberian Biasiswa Nasional adalah berdasarkan kepada sistem meritokrasi sepenuhnya, iaitu kaedah untuk menentukan penerima biasiswa ini adalah keseluruhannya ditentukan oleh kecemerlangan akademik semata-mata. Dasar yang pincang ini akan mewujudkan jurang yang semakin melebar dalam struktur masyarakat di Malaysia.
Hadi juga berpendapat bahawa faktor-faktor lain yang lebih menyeluruh seperti pertimbangan latar belakang sosio-ekonomi keluarga, kedudukan geografi sekolah samada dalam atau luar bandar. Ini termasuklah infrastruktur dan kemudahan pembelajaran di sekolah, jumlah guru yang tidak seimbang dan sebagainya perlulah diambil kira.
Komen blogger UBN :
-------------------
Kawan tidaklah hendak nafikan ada betulnya komen Hadi Awang tu, tapi Hadi tak tahu ke, sebelum ini ramai sudah cerdik pandai dalam kerajaan UMNO/BN telah memikir dan merancang perkara ini sebelum perkara itu dilaksanakan. Pemimpin UMNO dah fikir buruk baiknya……..

Hadi tidak payahlah nak cari glamor dengan isu ini pulak, lepas isu kafirkan UMNO, kerajaan perpaduan dan macam-macam isu lagi, ni nak cari glamor dengan isu Biasiswa Nasional pulak………….
Komen blogger UBN itu seterusnya yang jadi tanda soal :-
--------------------------------------------------------
Walaupun Hadi tidak sebut Melayu, tapi semua orang tahu kaum Melayu dan Bumiputera lah yang banyak tinggal di kawasan-kawasan luar bandar, yang kekurangan dari segi infrastrutur pembelajaran. Pemimpin UMNO telah memikirkan perkara ini untuk kemajuan orang Melayu dan Bumiputera, Cuma Hadi sahaja yang bongkak takbur tidak mahu mengakuinya.
Tengok sahajalah, bagaimana sesetengah pelajar-pelajar Melayu yang hipokrit, tidak sedar diri mendapat biasiswa kerajaan atas kuota Melayu, dapat masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awan pun atas kuota Melayu, apa mereka buat ?
Pelajar yang berlagak dipanggil siswa ini, bukannya hendak bersaing untuk kecemerlangan akademik bersama kaum-kaum lain, mereka lebih kepada politik untuk menjadi samseng di Universiti, lepas itu melalak mengugut kerajaan, menentang kerajaan, tapi bila tenguk keputusan peperiksaan, macam hampas, ada yang cukup-cukup makan je.............
Biasiswa Nasional diperkenalkan oleh Najib, kawan rasa bukan untuk menganiaya pelajar-pelajar Melayu, tetapi untuk mengingatkan mereka agar terus gigih, terus bersaing dengan pelajar-pelajar bangsa lain untuk mendapatkannya.
Mengapa Hadi masih hendak mengelirukan masyarakat Melayu lagi, cukup-cukuplah dengan isu-isu yang telah memecahbelahkan umat Melayu Islam di Malaysia ini. Tidak nampakkah apa yang sekutu-sekutu Pakatan Rakyat buat di Kedah, Perak dan Pulau Pinang ?
UMNO yang telah berpuluh tahun berjuang memertahankan hak-hak Melayu Islam dan Bumiputera, kerana kuasa hendak memerintah PAS rela mengkhianati bangsa dan agama bersekongkol dengan DAP yang terang-terang menetang Islam, macam komunis juga............ jangan jadi Melayu yang tidak sedar diri, lupa daratan kerana di buai kata manis DAP.

KJomen teman : Penyokong UMNO perlu sedar , benarkah pemimpin UMNO bermula Dr. Mahathir bersungguh membantu Melayu ? Melayu atau Rumpun Melayu ? Ramai suku Orang Sabah dan Serawak telah dikategorikan sebagai orang Melayu.Bukalah minda , Melayu sudah tidak releven ...cuma sesiapa yang berugama Islam adalah yang terbaik di sisi Allah. Bagaimana dikatakan pejuang Melayu jika Bahasa Melayu telah ditukar kepada Bahasa Malaysia.Elaun Ahli Parlimen Pembangkang Melayu yang mewakili orang Melayu dinafikan.Royalti minyak rakyat Kelantan yang hampir 100% Melayu dinafikan ...adakah tindakan ini menolong orang Melayu?Royalti minyak Terengganu untuk rakyat Terengganu semasa pemerintahan pembangkang dinafikan.Juga semasa Pulau Pinang majoriti dimenangi oleh UMNO melebihi peratus komponen lain BN, BN melalui PM UMNO melantik dari MC jadi Ketua Menteri Pulau Pinang ... adakah ini membantu orang Melayu?

No comments: