Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, July 2, 2009

AKHIRNYA RAKYAT MANEK URAI AKAN LEBIH FAHAM DENGAN PIMPINAN TOK GURU NIK AZIZ MELALUI FAUZI ABDULLAH


Dengan 99.2% pengundi Melayu , isu perkauman dan agama dilihat sukar untuk mengambil hati para pengundi, melainkan isu peribadi digunakan pihak-pihak yang bertanding untuk dibangkitkan / dihangatkan untuk memancing undi.
Biarpun sehingga kini strategi kempen berbentuk serangan peribadi melibatkan calon-calon yang bertanding belum begitu ketara, tetapi di laman-laman blog pro-PR nampaknya telah ada "kisah-kisah lama" yang mula dibongkar.
Saya melihat tindakan menyerang peribadi lebih memihak kepada pro-PR memandangkan
Calon UMNO, Tuan Aziz yang begitu berpengalaman di dalam kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan di KESEDAR, mungkin secara sedar atau tidak, beliau juga turut dilibatkan dengan urusan meluluskan kontrak, tender dan urusniaga bagi kepentingan agensinya. Apapun, selagi seseorang itu profesional dan amanah di dalam tugasnya, tiada apa-apa yang perlu dibimbangi oleh Tuan Aziz di dalam hal ini.

Jika serangan peribadi tidak begitu memihak kepada UMNO/BN dalam situasi di Manek Urai, makanya opsyen kedua boleh digunapakai - "BN kena guna psikologi di Manek Urai" (Prof Dr Ahmad Atory Hussein) (sumber). Tambah Ahmad Atory lagi, bagi membolehkan strategi secara psikologi digerakkan secara berkesan, "mereka-mereka" yang menjadi liabiliti (bangkai bernyawa) kepada parti juga tidak perlu dikerah turun berkempen.

No comments: