Di IPOH -MB Perak boleh suruh-suruh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat patut mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis nyalaan lilin bagi memperingati kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock, Jumaat lepas.Yang fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Perak sekarang tentang Jom Heboh kamu(MB Zamry) engjau langgar bile takda fatwa boleh suruh orang pula buat fatwa.Inilah orang UMNO/BN boleh suruh-suruh pula buat fatwa guna kuasa yang ada.
“Saya bukan ulama nak komen tentang tindakan Nizar. Biar orang agama komen tentang ini. Biar tok guru komen. Dia ada tok Guru (Nik Abdul Aziz). Dia (Mohammad Nizar) pun tok guru juga.
"Dia pandai baca Quran, bagi ceramah, bagi khutbah di masjid. Dia lagi tahu apa yang dia buat,” katanya katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Perjanjian antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan The Red Solar (M) Sdn Bhd dan TCT Inc (TCTI) di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.
Semalam akhbar ini melaporkan pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid berkata tindakan Nizar itu adalah di luar budaya Islam.Siapa kata pasang lilin budaya Islam?
Pada masa yang sama, Dr Zambry berkata, beliau bersimpati dengan keluarga Beng Hock tetapi biar pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana kes itu bukan untuk menutup mana-mana kelemahan, tetapi perlu diselongkar agar jawapan sebenar kepada punca kejadian dapat dicari.
Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, Nizar tidak seharusnya berbuat demikian kerana boleh melanggar akidah seorang Muslim.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment