Metro lepas ada keluar stori-mori tentang restoran dan Kopitiam yang gunakan logo halal palsu, sijil tu dibeli dengan harga sekitar RM 5000 - RM60 000. Yang memang pasti, pengusahanya bukan Melayu @ Islam, dan yang mengeluarkan sijil halal palsu tu...rasa aku ler ialah orang Islam yang tak rasa bersalah menjual agamanya untuk dunia, dan yang paling sedih...yang mengunjungi dan makan di tempat2 ini ialah orang Melayu beragama Islam. May be inilah jawaban kepada kekalutan dan kekusutan masalah KEIMANAN orang Islam yang menjadi semakin parah lately...makanan yang subhah dan lebih buruk lagi tak halal.
Menurut sumber tersebut, sudahlah sijil halal tu palsu, bekalan daging dan ayam pun tak dapat dipastikan daripada pembekal makanan halal yang sah, lepas tu jus @ extract jus pun diimport dari luar negara dan dikuatiri mengandungi alkohol. Pendek kata semuanya ada unsur2 yang meragukan....hmm...sedihnya. Seingat aku, aku pernah dapat email dari kawan aku ttg status halal satu kopitiam ni....dan sejak tu aku mmg tak pernah jejakkan kaki kat mana2 Kopitiam kalau ownernya bukan Islam...tak tertelan rasanya tekak aku ni. Selain dari Kopitiam tak halal, ada juga email ttg makanan macam mee kuning, tauhu dan kicap yang menggunakan jenama muslim tapi diproses oleh orang bukan Islam dan lebih teruk lagi dalam persekitaran yang amat menjijikkan.
Zaman sekarang kalau nak makan kat negara sendiri yang agama rasminya Islam pun kekadang payah, kalau nak depend kat logo halal...ada lak yang palsu, kalau nak tengok pada penjualnya Melayu Islam pun...ada pulak owner yang employ indonesian yang warna kulit dan bahasanya dalam kelompok melayu. Nak makan kat fast food yang ada sijil halal sah...banyak pulak cerita2 yang tak sedap didengar yang membuatkan aku rasa was2 nak menjamahnya pun. Hingga hari ni dah lebih 6 tahun aku tak menjamah apa2 pun fastfood dari brand2 yang terkenal kat Malaysia ni, banyak sangat yang aku dengar ttg isu penyembelihannya, status tepung salutnya, status berus yang digunakan untuk menyapu mentega pada kuali and all sorts of rumours yang membuatkan rasa was2 tu mengatasi rasa yakin. Jalan mudah untuk aku ialah jangan makan...orang lain kalau tak was2 teruskanlah....
Kalau makan kat tempat sendiri senang lah...kita dah kenal siapa empunya premis, apa bangsanya, apa agamanya, tapi kalau ke negeri lain atau daerah yang kita tak tahu dan tak de orang yang nak kita tanyakan...susah jugak ye!. Teringat aku dua peristiwa ketika aku keluar shopping kat KL, yang petama tu aku pi dengan kakak2 aku ie Kak Mun dan Kak Yam di Jalan Tunku Abdul Rahman. Bila waktu nak makan, puas kami berjalan mencari tempat yang sesuai untuk makan...yang ada restoran mamak yg aku tak berapa berkenan menunya, di Pertama Kompleks pulak rata2 yang berjual di food court tersebut adalah warga Indonesia...yang buat aku rasa cuak dengan siapa depa semua bekerja. Kalau orang yang biasa tu dia mungkin tahu, kakak aku pulak walaupun dah lama stay kat S.Alam, tapi jarang keluar shopping di KL, dia sendiri pun tak tau kat mana nak makan.
Yang terbaru, aku rasa semua orang pun tahu tentang ujudnya bir halal kat satu expo perdagangan kat negara kita gak, yang peliknya kalau dah halal kenapa nak letak nama bir tu, letak ler nama jus ker, extract buah ker, kan lebih elok. In time nanti ada pulak manusia2 yang nak untung cepat, keluarkan bir halalnya sendiri (yg ditakuti kandungannya mmg betul2 bir), dan orang Islam pulak asal ada halal jer....BELASAH!!!!
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment