
Teman tidaklah mahu memperkecil pujian namun biarlah kena pada tempatnya.
KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan para suami agar mencontohi perilaku suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan seorang bapa, suami dan pemimpin yang penyabar.
Beliau berkata Najib mempunyai personaliti yang menarik daripada segi kesabaran.
"Saya tak pernah tengok orang penyabar macam dia (Najib)," katanya dalam ucapan ringkas ketika melancarkan buku 'Najib Perdana Menteri ke-6' di Wisma Pertahanan di sini hari ini.
Rosmah turut mengingatkan para suami agar tidak memarahi isteri kerana isteri juga mempunyai tanggungjawab dan mengalami tekanan.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya berkata buku itu banyak mengimbau kembali kenangan pembaca kepada krisis serta masalah yang dihadapi Najib sama ada dalam kerajaan mahupun dalam parti.
"Pelbagai rintangan terpaksa dipikul dan ditangani oleh beliau (Najib) dalam pelbagai jawatan di sepanjang kerjaya politiknya termasuk sebagai Menteri Pertahanan selama 14 tahun," katanya.
Penulis buku tersebut, Noor Asmah Mohd Nawawi berkata beliau dan suaminya Yusof Harun mengambil masa enam bulan untuk menyiapkan buku tersebut dan mula dicetak sebelum persidangan Umno Mac lepas.
No comments:
Post a Comment