Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, June 11, 2009

TINDAKAN TUN MAHATHIR PECAT MUFTI SELANGOR TIDAK KERAS BERBANDING PAS BARU NAK CADANG HARAMKAN SIS !

Teman rasa teman tidak terlalu keras menuduh Tun Mahathit dah nyanyuk ,alhamdulillah oleh kerana beliau dilayan oleh media dan beliau pun tidak ada masa layan cucu maka Tun dilihat nampak sihat mihat tanpa cacat cela.
Kalau ikut pendapat teman , cadangan haramkan SIS tidak perlu melalui Muktamar.
Patutpun Tun kata tindakan PAS haram SIS terlalu keras mungkin berikutan gesaan parti itu supaya Sisters in Islam (SIS) diharamkan, dengan mengatakan yang PAS telah bersikap terlalu keras.

"Saya kecewa PAS harus mencadangkan pengharaman ke atas SIS. Saya tidak selalu bersetuju dengan pandangan SIS tetapi mereka tidak menafikan Islam," katanya semalam sebagai maklum balas kepada cadangan parti itu pada Muktamar PAS ke-55 Ahad lalu.

"Dalam kebanyakan contoh, mereka menyatakan petikan-petikan ayat Quran dan Hadis bagi menyokong pandangan mereka. Jika kita tidak bersetuju, berikan sebab mengapa kita tidak bersetuju. Tetapi langkah untuk mengharamkannya adalah terlalu keras," kata beliau dalam blognya chedet.co.cc.

PAS meluluskan usul supaya SIS diharamkan dan mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan supaya menyiasat pertubuhan itu kerana dikatakan telah menyalahgambarkan Islam, mengharamkannya dan menghantar ahli-ahli pertubuhan itu menjalani "pemulihan" jika terbukti bersalah.

SIS, bersama 42 pertubuhan lain dan 279 individu telah mengeluarkan kenyataan menggesa PAS supaya menarik semula cadangan pengharaman itu dan mempertimbangkan semula kedudukan mereka.

"Desakan supaya SIS akhirnya diharamkan tidak kena dengan retorik PAS ke arah Malaysia yang lebih demokratik dan menyeluruh," menurut kenyataan itu dan menambah yang desakan itu merupakan langkah anti demokrasi.

No comments: