Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, June 4, 2009

TERKINI JANGAN BUAT KAMI TERKENA !


Semua yang hadir diminta untuk bersurai setelah taklimat diberikan oleh Polis Glen sekitar 5 minit sahaja.
Bayangkan ianya betul-betul menyusahkan OKT yang datang dari seluruh pelusuk negara.
Alasan polis siasatan belum diselesaikan lagi dan baru menerimanya kelmarin kebanyakanya tidak boleh diterima oleh OKT.

Pegawai Polis Glen mengumumkan menggunakan Hailer bahawa Siasatan oleh peguam negara belum diselesaikan, sama ada diteruskan atau tidak bergantung kepada siasatan itu.

Polis Glen juga memaklumkan bahawa dia menerima arahan atasan semalan dan berharap difahami. Glen juga meminta maaf dengan kesulitan yang dihadapi bila ada bantahan dari beberapa orang yang datang.

Beliau juga memaklumkan jaminan tidak akan disambung dengan alasan semua OKT dianggap senang untuk dihubungi.

Kawalan ketat di pintu masuk IPD Ipoh
Rakan media dan orang awam yang tidak dibenarkan masuk berada di luar pagar masuk IPD Ipoh
OKT yang dibenarkan masuk bergambar sambil melaungkan hidup rakyat
DS.NIzar dan rombongan OKT sampai di pintu masuk IPD Ipoh, tidak semua dibenarkan masuk
IPOH: Kawalan ketat yang diadakan di pintu masuk IPD Ipoh dengan rombongan OKT yang akan melapor di sini pagi ini.
Pasukan keselamatan dengan seragam lengkap kelihatan lebih awal berada di sini sebelum semua OKT datang melapor diri.
Hampir semua OKT berada di Ipoh untuk lapor di IPD
OKT dalam kes persidangan DUN 7 Mei kebanyakaanya berada di Ipoh pagi ini untuk melapor di IPD seperti yang dinyatakan pada SUrat Perjanjian dan Jaminan kepada PDRM.
Seramai 12 orang telah berada di IPD Ipoh dan selebihnya berkumpul di Wisma DAP dan mereka secara berkumpulan akan datang ke IPD.

No comments: