Wahai UMNO dan penyokong UMNO yang belum sedar, jika anda orang Islam wajib tahu hutang mesti di bayar(hutang peralatan kempen PRU), hak orang jangan dirampas(contoh kerajaan Perak), hak orang jangan dinafikan(royalti minyak Kelantan).
Mentang-mentang hakim masih ada yang bersengkokol dengan kamu dan ada manusia jijik seperti pegawai SPRM yang tidak mengiktiraf perbelanjaan UMNO dalam PRK & PRU terlalu besar melebihi had yang SPRM tentukan.
Umno berbelanja melebihi had yang dibenarkan, kerajaan 2004 kerajaan haram.
Ini isu 'lapok' tetapi baru - baru ini kedengaran balik sebab Umno masih belum hendak bayar hutang bahan kempen pilihanraya mereka.
Pada 23 Jun tahun lalu, syarikat Elegant Advisory Sdn Bhd menfail saman itu menerusi Tetuan Termizi & Co, dan menamakan bendahari ketika itu Umno Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi serta Umno sebagai defendan. Saman ekoran kegagalan Umno menjelaskan hutang barangan pilihanraya 2004 yang ditempah oleh Bendahari Umno yang berjumlah RM218,013,47.
Pada 17 Julai tahun lalu, defendan diperintah oleh Mahkamah Tinggi membayar Elegant Advisory RM218 juta, serta kos dan faedah selepas defendan gagal menjawab saman.
Bagaimanapun pada 21 Januari lalu Umno berjaya mengetepikan keputusan mahkamah yang dibuat tanpa kehadirannya itu.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 30 Julai sebagai tarikh untuk mendengar permohonan Umno bagi mengenepikan saman RM218 juta yang difailkan oleh syarikat pembekal barang-barang untuk pilihanraya.Itu perkara biasa mahkamah mainan 'regim' ini, tetapi yang pasti hampir RM219 juta belanja hanya untuk barang seperti bendera, kipas, air mineral dan lain - lain berlogo dacing. Cuba bahagikan dengan jumlah calon Umno yang bertanding 2004. Jumlah itu sudah melampaui had perbelanjaan kempen ...itu belum masuk upah jentera berbayar Umno yang lain. Maknanya kemenangan 2004 ialah kemenangan 'haram' tapi biasalah menang haram, kerajaan haram, menteri haram.... sebab SPR dan SPRM yang kita ada pun haramjadah!!
Ingat 'RM' yang mereka belanja ialah 'RM' rakyat....nak dapat undi depa tabur RM rakyat.... dah dapat undi depa kapur RM rakyat..
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment