Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, June 4, 2009

TAHNIAH PADA DS NAJIB APABILA MENGEKALKAN REKOD KE 6 BERTURUT-TURUT

Teman rasa tidak salah jika diberi tahniah pada Dato Seri Najib ,di bawah pemerintahannya tahun ini beliau mantop mengekalkan kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil sehingga di Penanti.Mungkin rekod ini akan terus dipertahankan beliau di Manik Urai selepas rakyat dapat melihat bahawa BN harus di beri kekalahan ke 7 sebagai pengajaran sementara atau pengajaran berkekalan.

Calon PAS yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai pada 14 Julai ini sudah dikenalpasti, namun masih belum didedahkan nama calon tersebut, demikian lapor Bernama.

"Kita sudah ada nama calon yang akan diletakkan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Manik Urai dan biasanya akan mengumumkan seminggu sebelum pilihan raya," kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS tidak menghadapi masalah dalam menentukan calon kerana ramai calon dari parti itu yang berkelayakan.Pilihan raya Manik Urai diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob, 60, dari PAS pada 22 Mei lalu.

Ditanya pula sama ada beliau memberi sebarang petunjuk dalam pemilihan calon bagi jawatan Timbalan Presiden PAS pada muktamar agung parti itu di Shah Alam Jumaat ini, Nik Aziz berkata beliau menyerahkan kepada para perwakilan dalam menentukan calon tersebut.

No comments: