Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, June 25, 2009

SURE HEBOH BILA EZAM MAT NOR & BAPA SAIFUL TERPERANJAT TIKA RAHSIA KELIBAT MEREKA DIKETAHUI RAMAI !

Ramai yang terkejut dengan pendedahan Pahangdaily tentang "Rekod Panggilan Saiful Ke Mindef". Dalam laman web Suara Keadilan dan TV Antara hari itu ada mendedahkan artikel Pahangdaily berkenaan perkara itu. Antara lain laman web terbabit melaporkan tentang pendedahan kami bahawa "mangsa liwat" Si Saiful Bukhari Azlan telah membuat beberapa panggilan ke Kementerian Pertahanan (Mindef) biar pun beliau sudah bekerja dengan Anwar ketika itu. Susulan daripada pendedahan itu, ramai pihak yang menghubungi kami dan mahukan kepastian atas pendedahan tersebut. Justeru itu, kami sekali lagi ingin menegaskan bahawa krew kami kini sudah berada dalam "keluarga Saiful". Pendedahan tentang panggilan itu telah dibuat oleh Saiful menggunakan telefon bimbitnya. Perkara ini disiasat oleh saudara Saiful yang tidak mahu namanya didedahkan. Menurut beliau "ketika Saiful pulang ke rumah selepas beliau membuat laporan polis kononnya diliwat, beliau telah hadir ke rumah Saiful untuk mendapatkan kepastian tentang kes itu". "Ketika saya sampai, Saiful sedang mandi dan saya memberanikan diri untuk mengambil telefon bimbit Saiful dan memeriksa panggilan yang telah dibuat oleh beliau sebelum laporan polis itu dibuat. Maka, akhirnya saya mendapat enam nombor terakhir panggilan yang telah dibuat oelh Saiful sebelum beliau membuat laporan polis dirinya diliwat itu" katanya.
Hasil maklumat tersebut, krew kami telah cuba mendapatkan keenam-enam nombor berkenaan. Namun, atas alasan keselamatan beliau tidak berani memberikan tiga nombor yang dikategorikan sebagai nombor "VVIP". Sebaliknya beliau memeberikan hanya tiga nombor yang lain untuk diperiksa oleh kami. Sungguh mengejutkan bila siasatan terperinci dilakukanm memang sah bahawa dua nombor tersebut adalah talian TM yang dibuat ke Kementerian Pertahanan (Mindef). Malah panggilan yang disemak menggunakan nombor terbabit telah dibuat sejak bulan Februari 2008. Ini bermakna, Saiful telah berhubung dengan Kementerian Pertahanan sebelum beliau bertugasa di pejabat Anwar lagi. Ini menimbulkan kemusykilan, kenapakan Saiful senantiasa berhubung dengan pihak Mindef, sedangkan selepas itu beliau bekerja dan bertugas di Pejabat Anwar. Malahan satu nombor lagi yang telah kami semak ialah panggilan yang dibuat ke nombor 019-2073667 atas Nama Azlan Bin Mat Lazim, No.120 Kg.Janda Baik, Bentong Pahang. Setelah diteliti nombor tersebut adalah talian bapa si Saiful sendiri. Tiga nombor yang disyaki VVIP itu, kami percayai salah satunya adalah nombor telefon Ezam Mat Nor, Mantan Ketua AMK yang telah khianat kepada rakyat dan menyertai UMNO. Semua rekod ini sepatutnya diserahkan kepada Anwar melalui Saudara Zakaria Abd Hamid ketika itu. Namun dek kerana beliau terlalu sibuk dengan berbagai urusan, akhirnya maklumat itu tidak dapat diserahkan.
[Semakan terkini yang dibuat terhadap nombor Mindef itu juga kini sudah berubah dan telah di"divert"kan ke tempat lain. Ini menunjukkan bahawa pihak berkenaan telah mula menyedari maklumat ini dan cuba untuk mengubah fakta yang telah diperolehi itu sebenarnya. Pendedahan ini akan menguatkan lagi hujah bahawa kes liwat terbaru terhadap Anwar ini adalah "Satu Konspirasi" jahat yang bertujuan untuk menjatuhkan maruah dan menamatkan karier politik mantan TPM itu sebenarnya. Justeru itu, kami turut menyeru agar seluruh rakyat dapat bersama-sama mempertahankan keadilan dan tidak sewenang-wenangnya Anwar dibicarakan hanya untuk tujuan menghumbankan kembali beliau ke Penjara Sungai Buloh, bagi tujuan menghukum beliau dan melampiaskan dendam kesumat yang kian melanda dihati pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Perbicaraan Anwar wajar dibatalkan demi menjaga kreadibiliti mahkamah di Malaysia, jika tidak mahi terus ditertawakan dunia

No comments: