Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, June 1, 2009

STRATEGI UMNO YANG MENGERUNKAN ORANG KAMPONG & PENOREH GETAH!

Terkejut teman bila S/U UMNO baru buat strategi tidur di rumah penduduk di Manik Urai.Sebelum ini mereka buat program anak angkat dan baru-baru ini pegawai-pegawai FELDA digalak tidur dirumah peneroka.Perlu dirisaukan ,kalau dah ramai sangat dilakukan serentak di kebanyakan rumah maka ditakuti atau digeruni perkara-perkara yang tidak baik akan berlaku seperti rumah yang ada anak gadis, janda dan kecurian.

KOTA BAHARU 1 Jun — Tidur di rumah penduduk dan bersama menoreh getah adalah antara pendekatan jentera penerangan Umno bagi menarik sokongan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Kelantan Manik Urai dalam kempen menjelang pilihan raya kecil di situ 14 Julai ini.
Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata petugas BN perlu merasai susah senang penduduk di situ yang sebahagian besarnya bekerja kampung untuk menambat hati mereka bagi mengundi BN.
“Jentera penerangan Umno dilancar secara rasmi hari ini, dengan tidur di rumah penduduk, dan jentera ini akan merasai susahnya pekerjaan mereka seperti bekerja kampung.
“Ceramah akan tetap diadakan tetapi lebih penting kita bertemu sendiri pengundi dan menerangkan apa pentingnya mereka memilih BN pada pilihan raya kecil nanti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Umno Kelantan di sini hari ini. - Bernama

No comments: