Teman pun memang sokong tidak bersengkokol dengan UMNO/BN kerana sehingga kini mereka masih suka tikam belakang malah tikam depan pun mereka selambaje terutama melalui cawangan tidak berdaftarnya SPR.SHAH ALAM - Perwakilan Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim Abdullah mengingatkan pimpinan PAS agar tidak menjalinkan hubungan dengan Umno kerana dengan berbuat demikian ia boleh membuatkan orang Melayu terus sesat kerana bagi Umno, politik suku dan agama suku dan ia bukan satu ajaran Nabi Muhammad s.a.w..
Selain itu katanya, Umno merupakan jenis spesis yang suka tikam kawan daripada belakang.
Menurut beliau, di Kelantan masyarakat Cina terlalu hormat dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana beliau melarang segala kerjasama dengan Umno sehingga menyebabkan Kelantan dapat bertahan selama 10 tahun.
Selain itu beliau berharap unsur fitnah yang sudah mula timbul dalam PAS sesama sendiri akan berakhir selepas diumumkan pimpinan baru dalam Muktamar ini.
Dalam menangani masalah fitnah dalam PAS beliau mengingatkan semua pimpinan supaya meniru cara berfikir dan tindakan Nik Aziz.
Katanya, Nik Aziz merupakan seorang pimpinan dan ulama yang betul-betul ikhlas, jujur tidak ada perasaan dendam dan tidak ramai pimpinan PAS yang mempunyai sikap seperti beliau.
Menjelang pilihan raya kecil di Dun Manek Urai, Kelantan beliau mengajak ahli, perwakilan dan pimpinan PAS untuk membantu memenangkan calon PAS.
"PAS Kelantan sudah menyediakan rumah dan makan minum, ahli PAS dari negeri-negeri hanya menyediakan tenaga saja," katanya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment