Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, June 4, 2009

SATU FAKTOR SATU MALAYSIA DAH TAHU KENAPA PRK PENANTI TERLALU AMAN !

Ramai blogger dan rakyat sedar akui, memang aman jika BN/UMNO tidak bertanding.Sekarang kita boleh bandingkankan bagaimana suasana Penanti dengan Manik Urai tidak lama lagi.Pendapat ini dikongsi oleh sahabat saya Kassim Selamat yang suatu masa dahul memang aktif dalam Reformasi 1998/1999.Walaupun beliau melayari internet menggunakan satu jari namun beliau boleh menghantar berita/info ke seluruh Malaysia.
Aman Jika Umno/BN Tak Bertanding!
Hari ni teman nak bercerita tentang pilihanraya kecil Penanti yang baru saja selesai. Pilihanraya kecil yang paling 'aman' yang belum pernah berlaku di dalam sejarah negara.
Tiada provokasi, tiada adegan pukul memukul. Tiada adegan ugut mengugut. Tiada unsur² rasuah, tiada penghuni hantu. Tiada lori² dan jentolak dibawa masuk ke kampung² oleh kerajaan Umno/BN untuk melebarkan jalan. Tiada juga sekolah, surau atau masjid yang hendak di rasmikan.
Keadaan dan suasana pada hari pilihanraya aman se aman²nya! Tidak seperti pilihanraya² kecil yang lalu. Suasana hiruk pikuk dan tegang dengan adegan kasar dari parti yang bertanding.
Apakah faktor yang menyumbang kepada suasana se 'aman' ini?
Jawapannya tentulah faktor Umno/BN. Tanpa penyertaan Umno/BN di dalam pilihanraya suasana pilihanraya menjadi lebih tenteram. Se olah² tiada pilihanraya yang berlaku. Anggota keselamatan seperti polis tidak perlu dikerahkan beramai-ramai untuk mengawasi keadaan. Suasana pada tempoh berkempen dan di hari pengundian aman dan damai.
Teman suka tengok abang yang kulit hitam manis yang tersenyum di belakang tu.
Saranan teman pada Umno/BN, adalah lebih baik kalian tak usah masuk bertanding di mana² piliharaya. Sejarah telah membuktikan setiap kali Umno/BN bertanding kekecohan dan ketegangan pasti berlaku.
Jika bertanding pun, Umno/BN akan kalah!

No comments: