Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, June 15, 2009

MEMANG MEMALUKAN , SEHARUSNYA LEMBAH KELANG 99% BEBAS SIGNAL TIDAK STABIL

Teman terbaca komplen di blog Mazidul Akmal yang telah teman terbaca di ruang komen celcom sebelum ini.Memang memalukan pada teman kerana dari zaman Mahathir sampai zaman Pak Lah dan sekarang Najib ,masalah capaian jalurlebar masih bermasalah walaupun Projek MSC gah sampai seluruh dunia didendangkan.
Adilkah Celcom?
Saya pelanggan setia Celcom sejak syarikat telekomunikasi terbabit menawarkan perkhidmatan di negara ini. Tidak pernah saya menggunakan servis operator lain selain Celcom. Semua bil saya jelaskan tanpa masalah, 3 bil berlainan nombor kesemuanya, purata RM400 sebulan.

24 Mac 2008 saya mula melanggan jalur lebar, broadband Celcom, RM98 sebulan. Sembilan bulan signal tidak stabil, fluctuated. Maksudnya, sukar untuk saya melayari internet ketika itu. Lapan komplen saya ajukan kepada Celcom Careline namun bagai mencurah air di daun keladi. Tiada perubahan dan tindakan diambil mengatasi masalah didepani, pelanggan setia Celcom. Bersabar, saya kemukakan masalah terbabit di dalam Malaysia Hari Ini, 6 bulan lalu, jam 7.50 pagi.

“Kerja saya banyak melayari internet. Saya melanggan broadband Celcom sejak 9 bulan lalu tapi cuma dapat melayari internet 3 hari sebulan. Jadi, kepada pegawai Celcom mendengar rintihan saya pagi ini, tolonglah,” antara ayat saya ungkapkan.

Jam 11 pagi, 11 kakitangan Celcom, jurutera dan kontraktor berkunjung ke rumah saya di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Hampir 5 jam mereka memasang repeater dan menebuk dinding rumah, memasang wayar besar ke antena sehingga tingkap saya tidak boleh ditutup sempurna. Namun, saya tidak kisah, asalkan mendapat perkhidmatan lebih baik. Syukur, selepas itu saya mampu melayari internet secara sempurna. Malah, Celcom memberikan rebet 8 bulan sebagai ganti rugi. Terima kasih saya ucapkan.

Belum genap tempoh rebet, kini masalah sama berulang kembali. Signal kembali terganggu. Jurutera Celcom berkunjung ke rumah melaporkan masalah ‘line congestion’ dan sehingga entry ini ditulis status tidak berubah.

Setiap bulan, saya membayar RM98. Adilkah tindakan syarikat terbabit mengenakan caj penuh sedangkan pelanggan tidak mendapat servis selama sebulan?
Atau ada syarikat lain menawarkan pakej lebih baik tetapi membenarkan saya berkerja secara mobile?

No comments: