Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, June 9, 2009

JIKA PR MEMERINTAH , CALON DUTA HARUS BERSIH DARI KES MAHKAMAH !

Teman dengor kabo ada ura-ura bekas seorang menteri bergelar 'Kaki raba' & seorang kaki rasuah dalam senarai pendek untuk dipilih sebagai Duta Malaysia ke US.Hancus kalau benar!
Sekembalinya Anifah Aman dari US baru-baru ini, dia mengumumkan beberapa orang berada di dalam senarai pendek untuk dilantik sebagai Duta Malaysia ke US.
Antara yang termasuk didalam senarai tersebut ialah Datuk Seri Jamaluddin Jarjis dan Tan Sri Ghazzali Sheikh Abdul Khalid.
Jawatan tersebut kosong sejak 20 June tahun lalu setelah tiada pengganti selepas persaraan Datuk Rajmah Hussain.
Walau bagaimana pun, kemasukan Tan Sri Ghazzali Sheikh Abdul Khalid di dalam senarai pendek itu sangatlah dipertikaikan oleh banyak pihak.
Ini kerana, Tan Sri Ghazzali Sheikh Abdul Khalid yang sebelum ini pernah menyandang jawatan tersebut untuk tahun 1999 – 2005, telah terlibat didalam menyogok seorang pelobi dari Parti Republikan, Jack Abramoff untuk membolehkan Mahathir bertemu George Bush di White House pada tahun 2002.
Pertemuan Mahathir dan George Bush selama 30 minit itu melibatkan wang sogokan sebanyak USD1.2 juta.
Tan Sri Ghazzali Sheikh Abdul Khalid juga dikatakan terlibat dengan konspirasi menyediakan saksi menjatuhkan Datus Seri Anwar Ibrahim.
Konspirasi Ghazzali dan Amramoff telah menyebabkan Abramof dipenjara selama 70 bulan di US dan perkhidmatan Tan Sri Ghazzali Sheikh juga tidak disambung selepas tamat pada tahun 2005.
Cukup mengejutkan, kareer Ghazali sebagai Duta Negara ke US yang penuh kontroversi itu masih lagi disenarai pendek untuk jawatan tersebut sekali lagi.

No comments: