Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Monday, June 8, 2009
JAMBATAN 240 TAHUN DIJUAL RM9 JUTA : BEGINILAH KALAU NAK BUAT PROJEK
Teman pun heran, ramai menteri melawat luar negara nak buat contoh konon untuk pembangunan yang boleh dibawa ke Malaysia.namun semuanya hampeh.Oleh itu contoh terbaik buat projek jambatan bukan selepas 1 tahun siap ..tiba-tiba roboh macam jambatan di LPT beberapa tahun dulu.Tengok Jambatan yang 240 tahun lagi bukan nak makan duit untuk penyenggaraan malah jambatan ini boleh menten buat duit lagi dengan kutipan tol yang berpatutan.
Jambatan Swinford Toll yang merentasi Sungai Thames, Britain dan berusia 240 tahun di sini kini menunggu pemilik baru dengan harga jualan £1.63 juta (RM9.1 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Bakal pemilik baru jambatan itu akan memperoleh pendapatan sebanyak £100,000 (RM558,919) setahun menerusi kutipan tol.
Berdasarkan satu akta Parlimen yang diluluskan ketika ia dibina pada 1767, semua pendapatan diperoleh menerusi jambatan itu akan dikecualikan cukai pendapatan.
Jambatan itu dibina pada abad ke-18 oleh Earl of Abingdon IV dengan kos kira-kira £5,000 (RM27,946) bagi membawa haiwan ternakan melintasi Sungai Thames.
Keluarga Earl of Abingdon menjadi pemilik jambatan itu sehingga 1985 apabila seorang bekas juruterbang pengebom tentera Britain, Graham Smith membelinya pada harga £275,000 (RM1.5 juta).
Namun, Smith meninggal dunia pada 2001 ketika berumur 83 tahun menyebabkan dua anak lelaki dan seorang anak perempuannya memutuskan untuk menjual jambatan itu.
Pengurus jambatan itu, Paul Batty tinggal di sebuah rumah tanpa membayar sewa dan mempunyai lima kakitangan sambilan untuk mengutip tol dari pukul 7 pagi hingga 9 malam pada setiap hari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment