Pemimpin Barisan Nasional pertama yang bersuara lantang menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah Datuk Seri Abdul Ghani Othman. Tidak tahu apa disebalik penentangan itu. Mungkin juga kerana saman Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Johor (DPMMJ) sebanyak RM322 juta.
Ada yang berkata ,"lembu punya susu, sapi dapat nama". Tan Sri Muhyiddin tipu DPMMJ, Ghani dan kerajaan Johor yang kena saman.
Sebelum ini tiada pemimpin BN yang berani menentang PPSMI kecuali 'riak-riak di air' iaitu Datuk Dr. Puad Zarkasi, tapi sudah dapat jawatan mustahil mahu lawan PPSMI.
Perselisihan politik Ghani menentang Muhyiddin bukan pekara baru. Pemimpin Umno Johor maklum akan percakaran dua pemimpin Umno Johor ini. Ghani faham, kuasa Muhyiddin kini besar, sebelum kroni Ghani terkubur sebagai calon PRU-13 nanti, inilah peluang pertama Ghani menikam Muhyiddin secara terang.
Ada yang berpendapat, saman DPMMJ seperti mendapat lampu hijau dari pada Ghani untuk menjatuhkan Muhyiddin. Kerana jika kes ini dimenangi oleh DPMMJ, sudah pasti nama Muhyiddin akan tercalar dan wang yang datang tentu dari kerajaan pusat.
Ataupun jika Johor dirampas oleh Pakatan Rakyat (PR), ia merupakan 'hadiah terbaik' untuk mereka ( PR ).
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment