Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, June 14, 2009

INILAH BARU BETUL SUPER-CORIDOOR MENGALAHKAN MSC TDM

Teman tabik sepering bila membaca cadangan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ini.Memang bagus dan menarik cadangan ini.Ini baru dikatakan rakyat didahulukan.Rakyat untung dapat khidmat menyeluruh dan berpatutan tapi mungkin ramai vendor lama akan kerugian.Yag penting rakyat didahulukan.Mudahan 5 negeri yang diperintah PR akan melakukan perkara serupa.Semua rakyat akan mudah dapat info terus dan tidak bergantung pada media pengampu.Internet Seluruh Selangor Dalam Tempoh Lima Tahun
Rakyat Selangor bakal menikmati perkhidmatan internet secara talian atau tanpa wayar di seluruh negeri ini dalam tempoh lima tahun.
Demikian satu kenyataan akhbar oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan inovasi, Rodziah Ismail selepas mesyuarat Eksko kerajaan negeri dekat sini petang tadi.
Projek yang melibatkan pelaburan RM2 billion ini terbuka kepada semua pengendali sistem telekomunikasi sama ada dari dalam mahupun luar negara bagi meningkatkan penggunaan internet sedia ada di Selangor.
Kerajaan Negeri mensasarkan 100 peratus rakyat negeri ini menggunakan perkhidmatan internet dalam tempoh lima tahun berbanding 30 peratus pada masa ini.
Katanya, satu teknologi baharu iaitu Hybrid Wireless Infrastructure Network (HYWIN) dari Amerika Syarikat bakal diperkenalkan dalam projek tersebut dijangka bermula dalam tempoh sebulan.
Rodziah berkata terdapat empat dasar utama bagi pengendali sistem telekomunikasi, antaranya ruang capaian merangkumi bandar dan luar bandar, perkhidmatan yang berkualiti, program jangka panjang tanpa pencemaran radiasi dan pemandangan serta pilihan harga kepada setiap perkhidmatan.
Beliau berkata lagi rakyat Selangor bakal menikmati capaian internet baharu yang menggabungkan teknologi talian dan tanpa wayar dengan bayaran serendah RM30 sebulan tanpa perlu peralatan modem dan talian telefon.

No comments: