Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, June 2, 2009

HIBURAN HALAL USAHA JAMIL KHIR?

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili masyarakat Islam di negara ini diminta supaya bersikap lebih kreatif untuk menyediakan pelbagai hiburan yang halal dari segi agama. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom berkata, langkah itu penting bagi memastikan umat Islam mempunyai alternatif untuk menghiburkan diri mereka.
''Umat Islam khususnya generasi muda kini banyak terpengaruh dengan konsert hiburan yang melalaikan kerana mereka tidak mempunyai alternatif lain untuk berhibur," katanya. Beliau berkata demikian dalam teks ucapan penutupan Majlis Tilawah Al-Quran, Azan, Nasyid, Ceramah, Kuiz Agama dan Hafazan Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (Gepima) 2009 di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
''Kita sedih kerana kesibukan ibu bapa mengejar kekayaan duniawi telah menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab mendidik anak- anak berkaitan asas-asas agama dan saya berharap kelemahan ini dapat ditampung oleh para NGO.

''Bacaan al-Quran yang betul ini adalah penting bagi membolehkan umat Islam mengerjakan solat dengan sempurna," katanya.

Beliau berkata, aktiviti lain yang boleh dibuat oleh NGO terbabit ialah menganjurkan kempen bagi menyedarkan generasi muda mengenai keburukan budaya lepak dan penyalahgunaan dadah.
Ulasan Saya : Saya sangat bersetuju dengan Datuk Jamil Khir berhubung isu ini. Ada lima perkara yang saya fikir perlu kita perhalusi, antaranya ialah :
1. Apabila Datuk Jamil Khir berkata "hiburan yang halal" hal ini bermakna kebanyakan hiburan yang terdapat pada hari ini adalah menjurus ke arah perbuatan haram. Umpamanya konsert JomHeboh, AF, Muzik-Muzik, Anugerah Muzik dan banyak lagi. Lantaran itu, saya menyeru kepada pihak kerajaan, agar memanggil semua ulama/mufti termasuk dalam kalangan pembangkang agar sama-sama menetapkan hukum dalam soal tersebut. Saya fikir, orang Melayu-Islam di Malaysia sudah terlalu banyak dengan hiburan yang melalaikan.
2. Pihak NGO dan Kerajaan boleh sama-sama merancakkan Industri Muzik Halal Negara (IMHN) dengan mewujudkan anugerah sebagai galakan atau insentif kepada mana-mana kumpulan nasyid serta yang seangkatan dengannya yang bersungguh-sungguh dalam industri tersebut. Di Malaysia, kumpulan nasyid seperti dianaktirikan.
3. Industri Muzik Halal Negara perlu diwujudkan, seperti mana Industri Makanan Halal. Hal ini adalah kerana IMHN mempunyai potensi untuk berkembang maju. Malah, banyak pihak boleh menjana keuntungan daripada IMHN yang bakal digerakkan oleh kerajaan. Muzik juga seperti makanan, ia merupakan fitrah kehendak manusia. Oleh sebab itu, saya syorkan kepada kerajaan agar mewujudkan apa yang saya istilah sebagai Industri Muzik Halal Negara. Jika setiap tahun kerajaan mempunyai peruntukkan untuk keseluruhan industri muzik, tidak salah rasanya jika peruntukan tersebut dipecahkan kepada dua bahagian, yakni diberikan sedikit kepada IMHN. Dan saya fikir, jika rakyat dididik dengan muzik yang halal, InsyaAllah, lama-kelamaan Industri Muzik yang tidak menepati kehendak syariat itu akan berkubur dengan sendirinya.
4. Di peringkat sekolah rendah dan menengah, keutamaan harus diberikan kepada Muzik Halal dan bukan kepada tari-menari atau muzik yang melalaikan. Saya fikir kerajaan mempunyai kuasa dalam soal ini. Untuk membina kesedaran, ia harus dimulakan dari peringkat rendah lagi.
5. Komposer, penulis lirik dan penyanyi harus memiliki inovasi dan kreatif dalam menghasilkan sesebuah karya muzik. Contohi muzik-muzik halal dari Indonesia, walaupun muzik mereka kelihatan seperti Rock, tetapi lirik muzik mereka memuji dan mengEsakan Allah. Malangnya di Malaysia, kita hanya nampak muzik halal apabila ia bernada nasyid, itu salah. Tidak kurang begitu ramai muda-mudi kita yang terpesona dengan filem Ayat-ayat Cinta serta lagunya. Hal ini adalah kerana, inovasi yang terdapat dalam muzik ciptaan para komposer dan pengubal lagu dari Indonesia begitu jauh ke hadapan berbandingan dengan komposer Malaysia.
Kesimpulannya, banyak dalam kalangan rakyat Malaysia yang suka lagu nasyid, tetapi bukanlah lagu nasyid yang bernada dan berentak 60-an atau 80-an, kita perlu kreatif dan inovasi - contohi lagu-lagu nasyid dari Indonesia yang rancak, kemas dan lebih menghampiri muzik moden, barulah boleh kita jadikan lagu dan muzik nasyid sebagai muzik alternatif kepada muzik dan lagu-lagu lain yang melalaikan itu. Selagi lagu dan muzik nasyid kita berada ditakuk yang lama, sampai bila-bila pun kita tidak akan berupaya menjadikan muzik halal tersebut sebagai muzik alternatif kepada generasi muda pada masa akan datang. Wallahualam.

No comments: