Hee Yit Fong hero dan heroin Melayu ?
Teman tak tahuler adeker kome berkenan dengan tajuk di atas. Tak banyak tulisan yang menyentuh tentang ADUN Jelapang yang melompat ni. Si Osman dan Si Jamal memang udah diagak akan menyebelahi UMNO kerana deme tension tak gheti buat kojer. Maklumler tetiba jer jadi exco. Itupun masih tak puas hati sebab ada hajat nak jadi MB. Maka berkokokler deme yang deme nyebelah UMNO kerana Ngeh dan Nga sedang dan telah membonekakan MB Nizar. Banyak tanah di Perak telah diberi kepada Cina. Lama pulak tu, 999 tahun.
Hee Yit Fongpun kata camtu juga. Aku lompat bukan kerana duit. Gaji akupun banyak. Aku kanker Timbalan Speaker DUN Perak. Aku lompat kerana kesian kat MB NIzar yang dikaldaikan oleh Ngeh dan Nga. Aku tak sampai hati nengak bangsa aku Cina mengagih-agihkan tanah di Perak ni. Aku kesian pada Melayu sebab tak dapat tanah. Sebab ituler aku nyebelah UMNO. Sultanpun udah paham ngaper aku keluar PR. Takkan kome yang taraf rakyat macam aku tak boleh nak paham.
Tahniah teman kepada Hee Yit Fong. Tahun depan boleh dapat anugerah Tokoh Maal Hijrah. Kepada orang Melayu, iniler satu-satunya orang Cina yang tak sayangkan Cina. Iniler orang Cina yang lebih sayangkan Melayu. Kome jangan nak pertikaikan. Jangan nak derhaka pada kedaulatan tuanku. Karang kena tulah. Tapi kalo kome sanggup minum ayor basuh kaki, kome bolehler derhaka macam Hang Jebat. Kalo idak, jadiler macam Hang Tuah. Hang Tuah tu hero Melayu. Hee Yit Fong ini pulak adalah lebih lagi tarafnya berbanding Hang Tuah.
Hang Tuah terkenal dengan lima bersaudaranya. Hee Yit Fong pula terkenal dengan tiga bersaudara. Hang Tuah memerlukan empat lagi saudaranya untuk membolehkan dia jadi hero. Tapi Hee cukup dengan dua jer saudaranye. Hee ada Hang Behrang dan Hang Jering. Dengan bantuan Hee tiga bersaudara, maka tumbangler kerajaan rakyat pilihan rakyat di Perak. Hee tiga bersaudara telah membantu kebangkitan kerajaan UMNO di Perak. Hee Yit Fong adalah hero merangkap heroin sebenar kepada kewujudan kerajaan UMNO. Hee Yit Fong telah mendaulatkan kerajaan tuanku yang juga kerajaan UMNO walaupun terpaksa menderhaka kepada 54% rakyat Perak. Hee yang berbangsa Cina telah menongkah arus apabila berpegang kepada prinsip yang hebat iaitu, UMNO didahulukan manakala rakyat dikemudiankan.
Kome yang mengundi Hee di DUN Jelapang, tak rasa banggaker mempunyai wakil rakyat yang jiwanya adalah Melayu? Melayu UMNOpun tak macam Hee.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
RM25 juta itu bukan wang kecil...jangan cakap yg lain pulak
hang yg tukang tulis tu x mau join sama ke dgn hang derhaka 3 org tu.klau tak faham cerita tentang politik perak jgn cakap,lebih baik diam duduk je atas bkt tu.
MEREKA2 ITU ADALAH PENGKHIANAT KPD AMANAH RAKYAT PERAK...
MEREKA2 ITU TIADA MARUAH DAN HARGA DIRI...
MEREKA2 ITU SPT LEMBU DAN BABI
BAHKAN LEBIH HINA LAGI...
Gemor benor teman membace tulisan tuan. Mike rekomenlah kat Zambry untuk bagi pangkat Tun pada 3 orang ADUN yang telah nolong UMNO tu.
Jangan kesahkan rakyat yang tak bekenan tentang Perak yang bertukor tangan ni. Apa dema bulih buat. Nak pilihan raya tahun depan bagi saja kain pelikat dan kain batik. Melayu ni bangsa yang mengenang budi dan tak lawan tokeh.
Cuma yang susah sikit ialah anak anak muda yang canggih IT ni. Dema ni tak mahu dengor cakap, dema ni keroja nya baca blog dan pecaya pada khabor angin. Dah lah tu, tak pecaya pada utusan dan tv pulak tu.
dorang xnk pakai camry sebenarnye...
sebab dorang nak merc... yang tu mengamuk tuh...
melompat lompat nak merc...
dah nizar tak bagi merc, makin jauh ler deme melompat...
Post a Comment